Page 62 - Demo
P. 62


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 2025SOROTAN WAKIL RAKYAT60ADUN Kupang, Brigedier (B) Dato%u2019 Najmi Ahmad meninjau perkembangan pembinaan Projek Jambatan Padang Cina yang bakal menggantikan titi lama yang runtuh pada tahun 2021 akibat musibah banjir.Dalam lawatan kerja itu, beliau menerima taklimat daripada En. Hasan Basri, Pengurus Kontraktor Shamziman Enterprise. Setakat ini, kerja-kerja pembinaan telah mencapai 60 peratus kemajuan.Apabila memasuki fasa akhir dan siap sepenuhnya kelak, jambatan baharu ini akan menjadi laluan utama masyarakat, menghubungkan kawasan sekitar Pekan Kupang ke Kampung Lela, Kuala Pegang serta penempatan berhampiran dengan lebih selamat dan lebih lancar.ADUN Kubang Rotan, Dato%u2019 Mohd Salleh Saidin menghadiri Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berlangsung di Pasar Nelayan Seberang Kota.Melalui inisiatif BSN Care, BSN Kedah/Perlis melaksanakan kerja-kerja gotong-royong, pembersihan serta membaik pulih beberapa struktur bangunan pasar nelayan yang mengalami kerosakan.Aktiviti mengecat turut dijalankan bagi menceriakan semula suasana pasar, sekali gus meningkatkan keselesaan para nelayan dan peniaga setempat, dengan penglibatan seramai 60 kakitangan BSN Cawangan Kedah/Perlis.Turut hadir Pengarah Negeri BSN Kedah/Perlis, Shahrul Anuwar Hamid dan Ketua Khidmat Pengurusan BSN Kedah/Perlis, Adzha Othman, dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan serta Pertubuhan Pasar Nelayan Seberang Kota.A D U N T I N J A U PERKEMBANGAN PROJEK JAMBATAN PADANG CINAP R O G R A M C S R B A N K SIMPANAN NASIONAL (BSN) PASAR NELAYAN SEBERANG KOTA7 DISEMBER 20257 DISEMBER 2025
                                
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66