Page 56 - Demo
P. 56
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 2025SOROTAN WAKIL RAKYAT54Pegawai Pusat Khidmat DUN Kuah, Nasri Rosidi, hari ini menziarahi Abd Halim Hussin di kediamannya di Taman Cenderawasih, Kampung Mata Ayer.Abd Halim telah mengalami masalah kesihatan sejak dua tahun lalu dan tidak lagi mampu bekerja seperti biasa, selain bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan untuk rawatan harian.Dalam kunjungan tersebut, beliau menyatakan hasrat untuk memohon sumbangan tikar getah baharu bagi menggantikan yang lama kerana telah rosak.Atas rasa keprihatinan, Pusat Khidmat telah menunaikan permohonan tersebut dengan menyampaikan tikar getah baharu bersama sumbangan tunai.Semoga kunjungan ini dapat memberi sokongan moral dan meringankan beban keluarga beliau, di samping menambah keselesaan dalam kehidupan harian mereka.ZIARAH PRIHATIN DUN KUAH1 DISEMBER 2025ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi PIKAT, Tok Puan Jusmalailani Jusoh atas keprihatinan dan sumbangan sebanyak 156 pek makanan yang disampaikan kepada mangsa banjir di Derang.Sumbangan ini diberikan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang beliau kepada masyarakat, sekaligus membantu meringankan beban penduduk yang terjejas.Turut dirakamkan penghargaan kepada Pegawai Khas MB, Ku Abdul Muhyi Ku Abd Hamid dan Bendahari PIKAT, Ustazah Fauziah Hussin serta semua pimpinan masyarakat yang turut hadir memberi sokongan.Kehadiran rombongan serta penyerahan sumbangan ini amat menggembirakan penduduk Derang.MANGSA BANJIR DERANG T E R I M A S U M B A N G A N DARIPADA ISTERI MB KEDAH2 DISEMBER 2025

