Page 57 - Demo
P. 57
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 2025SOROTAN WAKIL RAKYAT55ADUN Kota Siputeh, Ashraf Mustaqim terus giat menyalurkan khidmat dan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di kawasan Kota Siputeh.Misi bantuan ini dilaksanakan melalui penyaluran barangan keperluan asas seperti bakul makanan serta bantuan kerusi roda kepada mangsa yang memerlukan.Pemantauan dan penyampaian bantuan diadakan di sekitar kawasan perumahan rakyat yang terjejas bagi memastikan kebajikan penduduk terus terbela.ADUN KOTA SIPUTEH TERUS PRIHATIN BANTU MANGSA BANJIR3 DISEMBER 2025ADUN Jitra, Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terkesan akibat banjir di Kampung Kubu, Jitra.Semoga bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung dan memberi kekuatan kepada mereka untuk kembali bangkit.Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Hasani dan NGO Dana Kita atas keprihatinan serta komitmen bersama dalam membantu mangsa banjir.Katanya, kolaborasi seperti ini amat bermakna dalam memastikan lebih ramai rakyat dapat dibantu pada saat mereka memerlukan.S U M B A N G A N K E P A D A KELUARGA YANG TERKESAN BANJIR DI JITRA3 DISEMBER 2025

