Page 24 - Demo
P. 24


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202523PROGRAM PERLINDUNGAN HAK WANITA DALAM KEGANASAN RUMAHTANGGA, TINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKATALOR SETAR %u2013 Penganjuran program Perlindungan Hak Wanita dalam Keganasan Rumahtangga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hakhak wanita yang dijamin oleh undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah dan undangundang sivil melalui Akta 521.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato%u2019 Hajjah Halimaton Shaadiah Saad, pendekatan Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan yang mulia, dengan hak yang jelas dari sudut keselamatan, nafkah dan maruah manakala undang-undang sivil di Malaysia turut menyediakan kerangka perlindungan melalui akta yang dapat mengawal serta menghukum pelaku keganasan.%u201cMar i l a h k it a s ama-s ama menyebarkan kesedaran bahawa keganasan rumahtangga bukanlah isu peribadi semata-mata, tetapi isu kemasyarakatan yang perlu ditangani bersama. Semoga segala usaha kita diberkati Allah SWT dan menjadi asbab tertegaknya keadilan serta kesejahteraan dalam keluarga dan masyarakat,%u201d ujarnya dalam Majlis Perasmian Perlindungan Hak Wanita dalam Keganasan Rumahtangga: Pendekatan Perundangan Islam dan Sivil Tahun 2025 bertempat di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini.Tamb a h ny a , pro g r am itu menjadikan masyarakat lebih prihatin dan peka terhadap isu keganasan rumahtangga dengan membuka mata orang ramai bahawa penderaan bukan sekadar berbentuk fizikal, tetapi turut merangkumi penderaan emosi, psikologi, ekonomi dan seksual yang sering tidak disedari.Jelas beliau lagi, program itu juga untuk memperkasakan mangsa keganasan dengan pengetahuan praktikal tentang cara mendapatkan perlindungan undang-undang, khususnya melalui Perintah Perlindungan serta akses kepada sumber sokongan.Selain itu, katanya ia dapat mengukuhkan kerjasama antara institusi Islam dan sivil dalam m e l i n d u n g i w a n i t a y a n g menunjukkan bahawa kedua-dua sistem undang-undang ini tidak bertentangan, bahkan saling melengkapi dalam menegakkan k e a d i l a n s e r t a m e m b e r i perlindungan menyeluruh kepada mangsa.%u201cDengan adanya kefahaman yang jelas, wanita tidak mudah dimanipulasi dan lebih berani mempertahankan hak mereka.%u201cHal ini dapat memberi keyakinan kepada mangsa untuk keluar daripada kitaran penderaan,%u201d ujar beliau.30 SEPTEMBER 2025
                                
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28