Page 23 - Demo
P. 23
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202522SESI LIBAT URUS RUU PSB 202530 SEPTEMBER 202530 SEPTEMBER 2025Alor Setar %u2013 Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria mempengerusikan sesi libat urus Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) 2025 di bilik mesyuarat MBAS.Penerangan berkenaan RUU telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (pembangunan) dari Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia), YBRS. TPr Saidin Lateh.ALOR SETAR %u2013 Karnival Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kedah malam tadi menonjolkan keunikan budaya yang menyatukan rakyat berbilang kaum.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO Negeri Kedah, YB Wong Chia Zhen berkata karnival itu bukan sahaja meraikan tradisi masyarakat Tionghua malah menjadi wadah memperkukuh keharmonian dalam kalangan rakyat negeri Kedah.%u201cPesta Tanglung bukan sekadar perayaan budaya tetapi lambang kasih sayang dan rasa hormat yang mampu merapatkan hubungan antara kaum.%u201cSemangat inilah yang menjadikan Kedah sebuah negeri yang aman dan harmoni,%u201d katanya ketika merasmikan Karnival Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kedah di Tapak Pelancongan Persatuan Kebajikan San Sheng, Alor Setar.Beliau turut menegaskan kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha masyarakat untuk melestarikan budaya tradisi.Pelbagai acara diadakan sepanjang karnival termasuk perarakan tanglung, persembahan muzik dan tarian kebudayaan.PESTA TANGLUNG LAMBANG PERPADUAN RAKYAT KEDAH

