Page 3 - Demo
P. 3


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20252PERLOMBONGAN REE: KEDAH TEROKA HASIL BAHARULENGGONG - 2 SEPTEMBER 2025LENGGONG %u2013 Kerajaan Negeri Kedah mempunyai potensi besar dalam penerokaan sumber baharu melalui perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) menggunakan kaedah In-Situ Leaching (ISL) bagi mengekstrak unsur nadir bumi.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pelaksanaan kaedah ISL akan dilakukan di tiga lokasi di Kedah berasaskan penelitian daripada projek perintis pertama di Malaysia yang dijalankan di Mukim Kenering, Perak.%u201cKaedah ISL yang digunakan di sini dapat dibuktikan bahawa perlombongan REE boleh dilaksanakan secara selamat, mesra alam dan mematuhi kerangka kawal selia yang ketat.%u201cKita ingin pastikan bahawa apa jua pembangunan sumber asli ini dilaksanakan secara berhemah, bertanggungjawab, mematuhi undang-undang serta mengekalkan kelestarian alam sekitar,%u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan kerja ke Projek Perintis Perlombongan Nadir Bumi (NR-REE) di Mukim Kenering, Perak.Menurutnya, kaedah ISL memerlukan pemantauan rapi melalui sistem pemantauan alam sekitar, pematuhan SOP dan pengurusan keselamatan bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat serta ekosistem.Tambahnya lagi, keberkesanan kaedah ini telah dibuktikan melalui pelaksanaan projek perintis tersebut.Beliau turut menjelaskan bahawa penelitian ini turut mengukuhkan komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan pembangunan REE bukan sahaja sebagai sumber pendapatan baharu, tetapi dilaksanakan dengan integriti, ketelusan dan berpaksikan kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.%u201cSemoga lawatan ini memberi ruang kerjasama yang lebih erat antara Kedah dan Perak serta menjadi titik tolak ke arah pembangunan REE negara yang lebih bertanggungjawab, berdaya saing dan mampan,%u201d ujarnya.
                                
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10