Page 9 - Demo
P. 9


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20258Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah menyampaikan ucaptama dalam Kedah Investment Talk 2025 di Bertam Resort.Program ini membuktikan kesungguhan dan keupayaan negeri Kedah untuk menjadi tuan rumah kepada perbincangan strategik yang akan membentuk hala tuju pelaburan masa depan.Fokus negeri bukan sahaja pada menarik pelaburan baharu tetapi juga memperkukuh dan memperkasakan syarikat-syarikat yang telah melabur.Inilah cerminan komitmen Kedah untuk memastikan setiap pelaburan berkembang maju, memberikan limpahan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta perniagaan untuk rakyat.Dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri, agensi pelaburan dan para pelabur, Kedah akan terus melangkah sebagai sebuah hub pelaburan utama negara.Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Profesor Dr. Haim Hilman Abdullah menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Invest Kedah bersama 15 syarikat strategik.Majlis ini sebagai tanda kesungguhan negeri Kedah dalam memperkukuh kerjasama dan membina keyakinan pelabur terhadap potensi besar negeri ini .MoU ini mencerminkan kekuatan Kedah sebagai sebuah negeri yang terus muncul sebagai peneraju dalam sektor pelaburan negara.Dengan rekod pelaburan bernilai ratusan bilion ringgit pada tahun-tahun kebelakangan ini, keyakinan yang diberikan oleh syarikat-syarikat besar ini menegaskan bahawa Kedah bukan sahaja stabil, tetapi juga bersedia untuk memacu pertumbuhan industri masa hadapan Kerjasama yang dimeterai hari ini merangkumi bidang strategik seperti tenaga hijau, pembuatan berteknologi tinggi, logistik serta pendidikan tinggi dan penyelidikan.Semua ini selari dengan aspirasi Kedah untuk membina ekosistem pelaburan yang mampan, inovatif dan mampu membuka peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada rakyat negeri ini.Beliau yakin dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri, industri dan institusi akademik, Kedah akan terus melangkah ke hadapan serta memenuhi agenda The Greater Kedah.KEDAH INVESTMENT TALK 2025MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA INVEST KEDAH BERSAMA 15 SYARIKAT STRATEGIKBERTAM -8 SEPTEMBER 2025
                                
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13