Page 6 - Demo
P. 6


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20255SINTOK %u2013 Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) bukan sekadar medan mencungkil bakat, sebaliknya platfom meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat melalui sukan.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sukan bukan hanya soal minat tetapi sebagai kesedaran untuk memastikan diri sentiasa sihat, cergas dan produktif demi keberkesanan hidup.%u201cDalam bersukan, patuhlah pada prosedur bersukan yang betul, patuh pada arahan dan nasihat jurulatih supaya keaktifan bersukan tidak meninggalkan kesan yang tidak baik kepada diri kita sama ada dalam jangka masa yang pendek atau jangka masa yang panjang.%u201cJika tidak ikut cara yang betul, mungkin kesan buruk itu tidak ketara pada ketika diri kita masih muda tetapi ia akan mula memberi kesan apabila usia kita meningkat dewasa,%u201d pesannya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) 2025 di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.Menurutnya, kesedaran dalam b e r s u k a n b u k a n s a h a j a menyumbang kepada kesihatan fizikal, malah mampu membentuk jati diri dan peribadi seseorang dalam kehidupan seharian sebagai pekerja, pegawai, pemimpin dan ahli masyarakat.Beliau turut menekankan supaya pertandingan SUKDA sesama daerah di Kedah dijalankan dengan semangat kesukanan yang tinggi serta mampu mengukuhkan lagi semangat persaudaraan.%u201cBertandinglah sesama kita sebagai warga Kedah yang baik dan berhemah tanpa mengira latar belakang.%u201cPastikan tidak terlalu mengikut emosi ketika terlibat dalam satu perlawanan atau pertandingan. Ada orang yang cukup berbakat tetapi kerana gagal mengawal emosi, akhirnya tidak ke mana,%u201d ujarnya.SUKDA BANGKITKAN KESEDARAN KEPENTINGAN BERSUKANSINTOK - 4 SEPTEMBER 2025
                                
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10