Page 4 - Demo
P. 4
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20253Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato%u2019 Wira Hj. Isahak Murat dan dua pegawai agensi kerajaan negeri bagi membincangkan hasrat anak-anak muda yang menyertai Program Latihan Sukan Bermotor Test n Tune (Siri Jelajah Kedah 2025).Dalam sesi dialog santai dengan anak-anak muda pada majlis p e n u t u p a n i t u , m e r e k a menyuarakan hasrat supaya dibenarkan menggunakan tempat program di kawasan Bukit Kayu Hitam Industrial Fasa 3 sebagai t ap a k s e m e nt ar a a kt i v it i permotoran yang lebih bersifat melatih pada masa akan datang.Alhamdulillah, PKNK memberikan reaksi positif dengan menyatakan ke s e d i a an m e n i mb ang k an permintaan tersebut.Pada pertemuan itu pihak PKNK turut memberi penerangan mengenai rancangan-rancangan yang akan dilaksanakan dan yang sedang dirangka bagi melonjakkan lagi imej Gunung Jerai supaya setanding dengan destinasidestinasi pelancongan berkelas antarabangsa di rantau ini.Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat mempengerusikan Mesyuarat Kali Ke-2 Jawatankuasa Induk & Pelaksana Konvokesyen Pensijilan Pondok Majlis Guru Pondok HESA Kedah 2025.Mesyuarat kali ini diadakan untuk bersama-sama berbincang dan menyelaraskan persiapan Majlis Konvokesyen Pensijilan Pondok.Majlis ini bukan sekadar majlis rasmi, tetapi menjadi tanda penghargaan kepada pelajar pondok atas usaha mereka menimba ilmu.Majlis Guru Pondok ditubuhkan dengan beberapa hala tuju utama, antaranya untuk memelihara tradisi ilmu pondok supaya warisan pengajian Islam ini terus subur, bukan saja di masjid dan surau, tetapi dalam masyarakat.Dengan adanya majlis ini akan m e nj a d i j amb at an u ntu k hubungkan pondok dengan masyarakat, kerajaan dan agensiagensi luar, supaya lebih banyak manfaat boleh sampai.Konvokesyen kali ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa pondok bukan sekadar tempat belajar kitab, tetapi sebuah institusi yang ada nilai, ada hala tuju dan mampu lahirkan generasi yang berilmu serta berakhlak.EXCO PELANCONGAN SAMPAIKAN HASRAT ANAK MUDA KEPADA PIHAK PKNKMESYUARAT KONVOKESYEN PENSIJILAN PONDOK MAJLIS GURU PONDOK HESA KEDAH 2025ALOR SETAR -2 SEPTEMBER 2025GURUN -3 SEPTEMBER 2025

