Page 10 - Demo
P. 10


                                    BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20259SINTOK - Selain memfokuskan kepada pembangunan ekonomi dan pelaburan yang masuk ke negeri, bidang sukan juga perlu diangkat untuk merealisasikan The Greater Kedah.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din, Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mengumumkan perancangan The Greater Kedah sebagai satu gagasan yang merencana semula kegemilangan Kedah.%u201cSemua pihak perlu menyambut gagasan ini sebagai pemangkin semangat untuk terus mencapai kegemilangan.%u201cJika diimbas kembali, pada ketika dahulu negeri Kedah mempunyai ramai nama-nama besar dalam pelbagai sukan antaranya bola sepak, sepak takraw, olahraga, memanah, bola jaring, silat dan badminton.%u201dBeliau berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) 2025 Edisi ke-7 bertempat di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM).Jelasnya, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Kedah akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama dengan semua agensi-agensi dan persatuan-persatuan sukan negeri supaya lebih ramai lagi atlet Kedah berbakat dapat diketengahkan.Katanya lagi, penganjuran SUKDA 2025 itu menjadi pentas menyaksikan begitu banyak bakat-bakat baharu yang berpotensi besar untuk dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi, termasuklah di arena SUKMA dan kebangsaan.Tambahnya, beliau juga berbesar hati melihat semangat kesukanan yang cukup tinggi dipamerkan oleh semua pihak, baik daripada pengurusan mahupun para atlet yang bertanding dalam SUKDA.%u201cSetinggi-tingginya penghargaan diucapkan kepada jurulatih, keluarga yang sentiasa memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kontinjen masingmasing.%u201cSemoga kejayaan dan pengalaman yang diperolehi menjadi landasan untuk terus melahirkan lebih ramai atlet yang berdaya saing di persada yang lebih tinggi sekaligus mengharumkan nama negeri Kedah,%u201d kata beliau.SUKAN MENJADI PENYUMBANG KEPADA THE GREATER KEDAHSINTOK - 8 SEPTEMBER 2025
                                
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14