Portal%20Rasmi%20Kerajaan%20Negeri%20Kedah%20Darul%20Aman
Portal%20Rasmi%20Kerajaan%20Negeri%20Kedah%20Darul%20Aman
  • Utama
  • Kerajaan
    • Bahagian/Unit
    • Pentadbiran Daerah & Tanah Negeri Kedah
    • Jabatan Negeri
    • Badan Berkanun
    • Pihak Berkuasa Tempatan
    • Jabatan / Agensi Negeri Kedah
    • Pentadbiran Agama Negeri Kedah
    • Senarai Pegawai Tadbir Negeri Kedah
    • Dasar/Pekeliling
    • Polisi Kerajaan Negeri Kedah
    • Arkib
  • Rakyat
    • Mengenai Kedah
    • Kesultanan Kedah
    • Pautan Pantas
    • Perkhidmatan Kedah Cashless
    • Jawatan Kosong (SPA Kedah)
    • Jawatan Kosong (iKerja)
    • Pinjaman Pelajaran (SPPNK)
    • Soalan Lazim (FAQ)
    • e-Penyertaan
    • Pelancongan / Hotspot
    • Kedah Tourism
    • Experience Kedah
    • Jerai Geopark
  • Perniagaan
    • Tender / Sebut Harga SUK Kedah
    • Tender / Sebut Harga Jabatan Negeri
  • Perkhidmatan
    • Prestasi Piagam Pelanggan
    • Transaksi Perkhidmatan Atas Talian
  • Hubungi Kami
shape
  • Home
  • BERITA
  • PADANG TERAP AKAN DIJADIKAN DAERAH BANDARAYA GETAH DAN PELANCONGAN EKO

PADANG TERAP AKAN DIJADIKAN DAERAH BANDARAYA GETAH DAN PELANCONGAN EKO

  • January 8, 2024
  • 444 Views

PADANG TERAP (07 JANUARI 2024) – Dokumen Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) telah dimulakan pada 13 Julai 2022 lagi yang akan menjadi panduan dan rujukan dalam memandu dan menentukan hala tuju pembangunan Daerah Padang Terap sehingga tahun 2035.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata dokumen draf tersebut mengajak masyarakat di Padang Terap ini menyertai sesi maklum balas, komen, cadangan, bantahan serta promosi untuk Padang Terap membangun sehingga tahun 2035.

“Terdapat hanya satu pelan struktur merancang program-program pembangunan di daerah Padang Terap seperti di mana, bagaimana, bila pelaksanaan program-program yang terkandung di dalam dokumen tersebut akan dilaksanakan.

“Semua itu akan mengikat pelan-pelan pembangunan meliputi Bandaraya Getah dan Pelancongan Eko yang dilihat mampu melonjakkan daerah ini yang kaya dengan hutan simpan dan keindahan alam semulajadi ditambah pula mempunyai Tasik Pedu yang berpotensi besar sebagai kawasan pelancongan.

“Terdapat ‘milky way’ di Tasik Pedu iaitu terlihat seperti tumpukan cahaya yang membentang luas dengan panjang tertentu seperti di Norway selain terdapat ‘house boat’ dan tapak caravan bagi pelancong yang ingin bermalam di Tasik Pedu.

“Kita mengajak orang ramai menyertai pelan tersebut melalui sesi maklum balas sehingga 20 Januari 2024 dengan hadir di Majlis Daerah Padang Terap untuk memberi apa-apa cadangan terutamanya pemilik tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan perasmian Program Publisiti dan dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Mej (B) Mansor Zakaria; ADUN Kuala Nerang, Mohammad Yusoff @ Munir Zakaria; ADUN Pedu, Mohd Radzi Md Amin; Ahli Parlimen Padang Terap, Nurul Amin Hamid; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa; Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa PLAN Malaysia, TPr Dr Alias Rameli dan Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap, Azmin Zainol Abidin.

Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata Kedah Rubber City (KRC) selain tempat industri ianya akan dijadikan ‘Smart City’ bagi daerah Padang Terap.

“Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk membuka KRC tersebut kepada pelaburan tidak berasaskan getah memandangkan tanah di situ luas dan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand di Durian Burung,” ujarnya.

Sumber : Facebook – Warta Kedah

Share:

Previous Post
KERAJAAN NEGERI
Next Post
GALERI RUNDINGAN

Comments are closed

Lagi Berita & Pengumuman

  • HARUMANIS D’AMAN CETUS FENOMENA LUAR BIASA DENGAN PENGHASILAN PRODUK BERKUALITI TINGGI
  • DAMCAMP 2025 BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT MENCINTAI KHAZANAH ALAM
  • SAMBUTAN PERAYAAN PELBAGAI BANGSA BERI IMPAK POSITIF KEPADA PERPADUAN KAUM DI KEDAH
  • KERAJAAN NEGERI SENTIASA CAKNA DALAM MENAMBAH BAIK PEMBANGUNAN BELIA DI NEGERI KEDAH
  • INISIATIF TANAM PADI LIMA KALI DUA TAHUN MAMPU JAMIN KESTABILAN BERAS NEGARA – SULTAN KEDAH
Portal%20Rasmi%20Kerajaan%20Negeri%20Kedah%20Darul%20Aman

Hakcipta Terpelihara @ 2025 Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Kedah

    Hubungi Kami

    Alamat: Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
    Aras 4 Blok B, Wisma Darul Aman,
    05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman,
    Malaysia
    Tel:+604-7027000
    Faks:+604-7028400
    Emel:korporatsuk[at]kedah.gov.my / portalkedah[at]kedah.gov.my

     

     

    Pautan

    • Dasar Privasi
    • Notis Hakcipta
    • Penafian
    • Pautan Agensi

    Facebook

    Copyright 2025 All Rights Reserved by BTMK