
RAJA MUDA KEDAH BERKENAN HADIR KE MAJLIS NUZUL AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH
ALOR SETAR (17 Mac 2025) – Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli berangkat hadir ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah di Masjid Al Islah, Alor Mengkudu di sini, hari ini.
Sebelum Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bermula, Baginda dan para jemaah menunaikan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah dan diteruskan dengan ceramah khas Nuzul Al-Quran oleh penceramah jemputan iaitu Timbalan Pengarah Operasi JHEAIK, Dato’ Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat mewakili Menteri Besar Kedah; Speaker DUN Kedah, Zubir Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Dr Syeikh Fadzil Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah dan Pengarah JHEAIK, Dato’ Abd. Ghani@Zulkifli Zainuddin.
Sumber Berita : Warta Kedah
Comments are closed