
SULTAN KEDAH MENCEMAR DULI MERASMIKAN MYBOS ’25 LANGKAWI
LANGKAWI (21 Mei 2025) – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli berangkat hadir merasmikan Pembukaan Malaysia International Boat Show 2025 (MYBOS ’25) di Main Marquee, Royal Langkawi Yacht Club di sini, hari ini.
Baginda turut mencemar duli menyempurnakan gimik perasmian serta mengadakan lawatan melihat pameran bot dan booth yang disediakan di Royal Langkawi Yacht Club.
Berangkat hadir sama Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff.
Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor serta isteri Tok Puan Jusmalailani Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Pengerusi MYBOS ’25 Langkawi, Dato’ Mohd Radzi Manan.
Sumber Berita : Warta Kedah
Comments are closed