
PKNK KOMITED PERKUKUH EKOSITEM INDUSTRI KUALA KETIL
KHAMIS (15.08.2025)
KUALA KETIL – Kira-kira lebih 100 Pemain Industri Kuala Ketil menghadiri Majlis Townhall yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi memperkukuh peranan sebagai pemangkin ekonomi negeri di Dewan UniSHAMS, Kuala Ketil Kedah.
Dato’ Wira Isahak Murad berkata Townhall ini bertujuan mengumpul maklum balas terus daripada pemain industri yang beroperasi di Kuala Ketil, khususnya berhubung isu infrastruktur, kerosakan jalan, pengurusan utiliti dan kelestarian alam sekitar.
“Kita mahu mencari penyelesaian yang praktikal, berkesan dan mampan. Lebih daripada itu, kita mahu membina komuniti industri Kuala Ketil yang kuat, bersatu, berdaya inovasi dan mampu menyesuaikan diri dengan cabaran masa depan,” katanya.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.
Hadir sama Pengerusi Federation Of Malaysia Manufacturing (FMM) Ng Lai Choon; Timbalan Pengerusi FMM, Mazlan bin Kassim; Wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pemain Industri Kuala Ketil.
Majlis turut disertai pembentangan oleh Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Kedah/Perlis, diikuti sesi sesi dialog dan sidang media.
PKNK percaya, kekuatan industri Kuala Ketil terletak pada kerjasama semua pihak. Dengan semangat bersatu, setiap isu mampu diatasi, setiap peluang boleh dimanfaatkan, dan Kuala Ketil akan terus berdiri sebagai kebanggaan Kedah.
Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Comments are closed