
LAWANSENI KANVAS KESELAMATAN NEGARA DAYA TARIKAN BAHARU PELANCONGAN DI KEDAH
ISNIN (18.08.2025)
ALOR SETAR – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali hari ini merasmikan Majlis Penutupan Lawanseni Kanvas Keselamatan Negara di Lorong Selamat, Alor Setar.
Program Lawan Seni Kanvas Keselamatan Negara anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama MBAS dan Petron Malaysia ini bertujuan menerapkan semangat patriotisma dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Kedah sempena sambutan Bulan Keselamatan dan Bulan Kemerdekaan dengan tema “Keselamatan Negara Adalah Tanggungjawab Semua Pihak”.
Selain itu, program ini turut melibatkan penyertaan daripada 8 buah sekolah Negeri Kedah dalam kategori Lawan Seni Kanvas Keselamatan Negara Pertandingan Melukis Mural dengan objektif mencungkil bakat seni dalam kalangan pelajar anak-anak Kedah, disamping mewujudkan peluang daya tarikan pelancongan baharu di sekitar Bandaraya Alor Setar.
Program turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan melukis mural tersebut di mana tempat pertama dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, kedua SMK Kubor Panjang dan ketiga SJK (C) Keat Hwa serta dua kategori lainnya iaitu Cenderahati Juri Seni Lawan Seni Kanvas Keselamatan Negara dan Toilet Excellent.
Ketika ditemui media, Norizan berkata Kerajaan Negeri Kedah komited untuk mendukung usaha peningkatan dan menaik taraf daya tarikan pelancongan di seluruh negeri melalui program seperti ini.
”Tahniah kepada para pemenang serta terima kasih kepada rakan kerjasama iaitu MKN, MBAS, Kementerian Pendidikan dan juga Petron Malaysia yang telah menjayakan program ini. Saya berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Program Lawanseni Kanvas Keselamatan Negara Bertemakan “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” di Bandaraya Alor Setar Sempena Bulan Keselamatan Negara Dan Bulan Kemerdekaan Negara 2025 di Lorong Selamat, Alor Setar di sini, hari ini.
Hadir sama Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Abdul Gafar Yahya; Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Zuraini Mohd Yusuf dan Pengurus Hal Ehwal Korporat Petron Malaysia, Helmi Abd Hafidz.
Sumber: Warta Kedah
Sumber: Warta Kedah
Comments are closed