
SLU PASCA PEMBENTANGAN RMK13 KEMENTERIAN EKONOMI DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH.

KHAMIS (04.09.2025)
BALING – Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah telah melaksanakan Sesi Libat Urus Penerangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (SLU Pasca Pembentangan RMK13) di Dewan Tunku Abdul Rahman, Baling di sini, hari ini.
Sesi libat urus ini diadakan bertujuan menyebarluas dasar, strategi dan inisiatif RMK13 di samping mendapatkan kerjasama Kerajaan Negeri dalam mencapai aspirasi dan sasaran RMK13.
Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026-2030 dengan tema Melakar Semula Pembangunan telah dibentangkan pada 31 Julai 2025 di Parlimen Malaysia. Majlis ini merupakan satu platform penting bagi mendapatkan maklum balas serta pandangan daripada pihak berkepentingan dalam memastikan pelaksanaan RMK13 benar-benar menyeluruh, inklusif dan berkesan.
Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Dr. Nadzman Mustaffa; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial Kementerian Ekonomi, Che Kodir Baharom; Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya; Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Ekonomi, Noraini Ahmad dan Timbalan Pengarah Perancangan Pembangunan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Rizawati Mohamad@Ramli.
Sumber: Warta Kedah

Comments are closed