
ANUGERAH KHAS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT NEGERI KEDAH 1447H

USTAZ MOHD NAIM ISLAM BIN ABDULLAH
Dilahirkan di Sungai Petani, Kedah, Darul Aman. Anak Pertama dari dua adik beradik. Nama asal beliau ialah Arumugan A/L Thangavelu. Menganut Agama Islam pada 27 Julai 1985. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Divisyen Pembangunan Mualaf Dan Dakwah Sosial, Lembaga Zakat Negeri Kedah semenjak tahun 2018.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Batu Pekaka, Baling kemudiannya meneruskan pelajaran diperingkat menengah di Sekolah Menengah Kuala Ketil, Baling. Setelah beliau menjadi seorang Islam beliau menimba ilmu di Pondok Al-Hanafiah (Tuan Guru Haji Daud), Pekan Malau, Baling. Beliau kemudiannya mengikuti pengajian secara
lebih formal di Institut Dakwah Islamiah Perkim, Petaling Jaya, Selangor dan kemudiannya melangkah lebih jauh untuk menimba ilmu dengan Maahad Bahasa Arab, Universiti Antarabangsa Afrika yang terletak di Sudan pada tahun (1999–2000).
Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Pn. Azizah binti Abdullah dan dikurniakan 5 orang anak (03 Lelaki / 02 Perempuan)
Antara Sumbangan dan Pengalaman beliau ialah:
1. Timbalan Presiden Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah), Kuala Lumpur dan Wilayah Utara.
2. Ahli Jawatankuasa (AJK) Haluan Fitrah Kedah (Dakwah dan Tarbiyah Kepada Saudara Baru dan Non Muslim)
3. Pegawai Runding Cara Muallaf JHEAIK
4. Ahli Pemegang Amanah Yayasan Abu Bakar
5. Timbalan Presiden, Persatuan Dakwah Islamiah dan Kebajikan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah)
6. Guru Takmir JHEAIK
7. Membuka kelas pengajian dan bimbingan agama Islam kepada saudara baru di daerah Kulim, Rumah Seri Kenangan, Bedong dan Ladang Sungai Tok Pawang, Bedong
8. Guru Pusat Bimbingan Islam Saudara Baru (PUSBA)
9. Pendakwah kepada para penduduk ladang getah yang masih dalam pemantauan
10. Guru Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) – Sekolah Menengah Agama Al-Hanafiah Pekan Malau, Baling
Beliau aktif berdakwah dan sentiasa menerima undangan Pembentangan Kertas Kerja di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan, antaranya:
1. Dakwah Islamiah dan Kepimpinannya – Kursus Pengkaderan Pendakwah Saudara Baru, Daerah Keningau, Sabah (31 Ogos 2024)
2. Gerakan Dakwah dan Tarbiyah Islamiah Mualaf Sabah kepada S.S Mufti Sabah di Pejabat Mufti Sabah. (30 Ogos 2024)
3. Isu-Isu dan Cabaran Asnaf Mualaf
4. 2 Kalimah Syahadah dan Tuntutannya – Seminar Pemantapan Akidah Asnaf Mualaf Negeri Kedah anjuran persatuan Dakwah Islamiah dan Kebajikan Saudara India SeMalaysia (Al-Hidayah) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (12 Jun 2024).
5. Gerakan Dakwah dan Penataran: Mengurus Pendidikan dan Kebajikan Saudara Baru anjuran NGO-NGO Islam Malaysia di Yayasan An-Nahzdoh (2016).
6. Pendekatan Dakwah Kepada Masyarakat Non Muslim – Program Kursus Kader-Kader Pendakwah Saudara Kita Peringkat Negeri Kedah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2004)
7. Pendakwah: Cabaran Masa Kini – Program Kursus Pendakwah anjuran Jabatan Mufti Negeri Sembilan (2003).
Antara Anugerah/Pengiktirafan yang pernah diterima:
1. Hadiah Tajaan Menunaikan Haji di Mekah oleh Raja Abdullah melalui Kerajaan Arab Saudi (2011).
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Negeri Kedah (2009).
Sumber: Warta Kedah

Comments are closed