
RIBUAN RAKYAT JITRA BANJIRI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN JITRA 2026

JITRA (08.04.2026) – Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Jitra 2026 berlangsung dengan baik dan teratur apabila ribuan rakyat Jitra mahupun luar dari Jitra hadir di Dewan Jitra, di sini hari ini.
Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan penduduk DUN Jitra selain sebagai ruang untuk mengeratkan silaturrahim, menyemai ukhwah serta bersama-sama meraikan Aidilfitri dalam suasana penuh harmoni dan mesra.
Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat, lemang, rendang, sate, laksa, nasi putih gulai daging batang pisang dan sebagainya khas untuk rakyat negeri Kedah terutamanya di DUN Jitra yang berlangsung kira-kira jam 8.00 hingga 11.00 malam. Anggaran kira-kira 6,000 orang pelbagai lapisan masyarakat dan kaum serta dif-dif jemputan daripada jabatan-jabatan serta agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan hadir memeriahkan majlis.
Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi, Dr. Haim Hilman Abdullah; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Mohd Fauzi Mustaffa; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dato’ Muhamad Mahazi Ibrahim dan Pegawai Daerah Kubang Pasu, Amirah Khairiah Abdul Latip.
Sanusi dan Haim turut meluangkan masa menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri tersebut.
Sumber : Warta Kedah

Comments are closed