polisi-kerajaan-negeri-kedah

Dasar Privasi

FEEDBACK FORM
feedback-form
PORTAL DATA TERBUKA prestasi-piagam-pelanggan Mengenai Kedah Berita Terkini Soalan Lazim Hubungi Kami Portal MyGOV Pengumuman Elektronic Archive tender cio/cdo cio/cdo
E-Penyertaan
Kedah Digital
Y.Bhg. Dato' Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim, DSDK., SDK., AMK., BCK., ASK.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan)

mahazi[at]kedah[dot]gov[dot]my

Potfolio - [pot.fo.lio] | ڤورتفوليو

Tuan Haji Mohd. Tarmizi bin Abdul Rani, BCK.
Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan

mtarmizi[at]kedah[dot]gov[dot]my

Potfolio - [pot.fo.lio] | ڤورتفوليو

INFO

Timbalan Setiausaha (Pengurusan) 

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan salah satu daripada sepuluh bahagian yang terdapat di dalam organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Merujuk kepada kelulusan waran Perjawatan, Surat Kelulusan Perjawatan [B (31.00) 202/1/2 – Jilid.12 (62) bertarikh 13 Januari 2009, Cawangan Am Pentadbiran telah ditukar nama kepada Bahagian Khidmat Pengurusan. Ia merupakan entiti penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan Kewangan, Pengurusan Majlis dan Protokol, Pentadbiran dan Pengurusan Bangunan dan Aset. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kanan (Pengurusan) dan dibantu Penolong Setiausaha Kerajaan Kanan (Khidmat Pengurusan) yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan). Bahagian ini meliputi (4) empat seksyen iaitu:-

  1. Seksyen Pentadbiran Am
  2. Seksyen Kewangan
  3. Majlis & Protokol
  4. Seksyen Pengurusan Bangunan & Aset

Pembangunan modal insan menjadi keutamaan Bahagian Khidmat Pengurusan dalam melahirkan warga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas serta memiliki etika kerja yang positif melalui latihan dan pembelajaran berterusan.

Hubungi:
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 2, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel    : 04-702 7000

Fax   : 04-702 7300

Emel : bkp[at]kedah[dot]gov[dot]my

Ke Arah Menjadi Sebuah Organisasi Terunggul Yang Berteraskan Integriti, Akauntabiliti Dan Profesionalisme Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Mewujudkan Dan Mengamalkan Kecemerlangan Kerja Berteraskan Ciri-Ciri Kakitangan Yang Berpengetahuan Dan Berdaya Saing, Celik IT, Berdisiplin Dan Komited Dalam Menjalankan Tugas Demi Kesejahteraan Rakyat Dan Negeri.

Memberikan Perkhidmatan Urusan Pentadbiran Dan Penyelarasan Yang Berkualiti Kepada Pelanggan Dan ‘Stakeholders’ Dengan Memastikan Pengurusan Yang Cekap, Sistematik Dan Efisyen Mengikut Dasar, Perundangan, Peraturan Dan Garis Panduan Semasa

1. Merupakan Jabatan Yang Terutama Dan Tonggak Dalam Pentadbiran Kerajaan Dan Pembangunan Negeri Kedah.
2. Pentadbiran Utama Dalam Urusan Berkaitan Dengan Pentadbiran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Majlis Dan Protokol, Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan Dan Majlis Sukan.
3. Merancang Melaksana Dan Mengawasi Semua Urusan Pentadbiran Yang Merupakan Perkara-Perkara Dasar Dan Tertinggi Untuk Dilaksanakn Di Peringkat Negeri, Daerah Dan Jabatan,
4. Merancang Dan Mengurus Pembangunan Sumber Manusia Terutama Perkhidmatan Awam Negeri.