sharhida[at]kedah[dot]gov[dot]my
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah sebuah organisasi yang dipertanggungjawab untuk menguruskan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman. Bahagian Sumber Manusia komited dalam merealisasikan visi dan misi kerajaan dan juga memberi fokus kepada menyediakan sumber manusia sektor awam kerajaan negeri yang berprestasi tinggi, berintigriti dan mempunyai pengetahuan yang luas bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Untuk mencapai matlamat ini, Bahagian sumber manusia bergerak secara aktif dalam perancangan pentadbiran sumber manusia. Penghasilan idea-idea baru dan penambahan nilai sumber manusia amat ditekankan bagi anggota.
Melalui tenaga kerja yang digerakkan secara intensif di setiap cawangan Bahagian Sumber Manusia yakin dengan pembaharuan dan peningkatan dalam pentadbiran yang sedang, telah serta akan dilaksanakan bagi membantu kerajaan negeri mencapai matlamatnya dengan berkesan.
Hubungi:
Setiausaha Bahagian
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503 Alor Star
Kedah Darul Aman.
Tel : 04 – 702 7000
Fax : 04 – 702 7700
Emel : bpsm[at]kedah[dot]gov[dot]my
Menjadi Sebuah Perkhidmatan Awam Yang Terbaik, Cemerlang Dan Berinspirasi Ke Arah Memakmurkan Negeri Kedah Menjelang 2024
Menggerakkan Agenda Transformasi Melalui Pentadbiran Yang Inovatif Dan Produktif Demi Kemakmuran Rakyat
Dalam pengemaskinian.
SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH (SPPNK)
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sejak dahulu lagi mengambil berat tentang kebajikan penuntut-penuntut sama ada di Sekolah-sekolah atau di Pusat Pengajian Tinggi. Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (Enakmen Undang – Undang No. 6 Tahun 1958 (pindaan 1968) dan ia dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah adalah bertanggungjawab menguruskan bantuan kewangan kepada penuntut-penuntut setiap tahun.
Alamat :
Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri kedah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Aras 2, Blok C, Wima Darul Aman
05503 Alor Setar
No Tel : 04-7027284 / 7286
No Fax : 04-7028600
Email : sppnk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Website: sppnk.kedah.gov.my