polisi-kerajaan-negeri-kedah

Dasar Privasi

FEEDBACK FORM
feedback-form
PORTAL DATA TERBUKA prestasi-piagam-pelanggan Mengenai Kedah Berita Terkini Soalan Lazim Hubungi Kami Portal MyGOV Pengumuman Elektronic Archive tender cio/cdo cio/cdo
E-Penyertaan
Kedah Digital
Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, AMK., BCK.
Setiausaha Bahagian Perumahan

noorulhuda[at]kedah[dot]gov[dot]my

Potfolio - [pot.fo.lio] | ڤورتفوليو

Encik Shahruzzaman bin Jibin
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Dasar dan Pembangunan)

shahruzzaman[at]kedah[dot]gov[dot]my

Potfolio - [pot.fo.lio] | ڤورتفوليو

INFO

Bahagian Perumahan

Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1962 dan diletakkan di bawah pentadbiran Timbalan Setiausaha Kerajaan Pembangunan/Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN).

Bahagian ini memainkan peranan penting dalam merancang, menyelaras dan membangunkan skim perumahan untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah ke arah mencapai kesejahteraan penduduk di Negeri Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan sentiasa berusaha agar pembangunan perumahan dapat dimanfaatkan oleh sekelian golongan rakyat terutama sekali golongan berpendapatan rendah supaya memiliki rumah sendiri dengan kehidupan yang lebih selesa.

Dalam melaksanakan usaha murni ini, Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sentiasa dalam usaha untuk memperbaiki sistem penyampaian kepada pelanggan bagi meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pijak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Hubungi:
Setiausaha Bahagian Perumahan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Star, Kedah Darul Aman.

Tel    : 04-702 7330
Fax   : 04-702 7500

Emel : perumahan[at]kedah[dot]gov[dot]my

Menjadi Sebuah Agensi Pengurusan Perumahan Yang Diyakini Rakyat Menjelang Tahun 2015

Menyediakan sistem penawaran dan pengurusan rumah kos rendah awam serta pemantauan rumah kos rendah swasta kepada pelanggan secara lebih cekap, ringkas dan berkesan.

Menyelaras Skim Perumahan Awam Sedia Ada Dengan Lebih Teratur Dan Mendidik Pelanggan Supaya Bertanggungjawab Memahami Sistem Permohonan, Penawaran Dan Penyelarasan Perumahan Awam Di Negeri Kedah Darul Aman.

  • Merancang, menyelaras dan membangunkan skim perumahan Rancangan Perumahan Awam (RPA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah.
  • Memastikan projek-projek skim perumahan RPA/PPR yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman disiapkan dengan sempurna.
  • Mengenalpasti pemohon-pemohon skim perumahan RPA/PPR yang berkelayakan untuk ditawarkan rumah di bawah Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer (SPTK).
  • Menyelenggara dan mentadbir skim perumahan RPA/PPR dengan baik untuk menjamin kemudahan dan kesempurnaan hidup penghuni-penghuni.
  • Mengutip hasil iaitu bayaran sewa ansura bulanan daripada penghuni-penghuni dengan sempurna dan teratur setiap bulan.
  • Mewujudkan sikap dan amalan yang baik seperti bersatupadu dan bertanggungjawab di kalangan penghuni-penghuni di skim perumahan RPA/PPR berkenaan.