
amrul[at]kedah[dot]gov[dot]my
Bahagian Komunikasi Korporat
Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 01 Januari 2009 melalui Surat Kelulusan Perjawatan Penstrukturan Semula Organisasi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Bil. 5 Tahun 2009 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Waran Perjawatan Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan B.04 bilangan 01/2016 telah dikeluarkan oleh Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman melalui surat yang bertarikh 01 Januari 2016 untuk pengisian perjawatan yang terdiri daripada :
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (PTN) (Gred N48) – 1 jawatan
Penolong Setiausaha Kerajaan (PTN) (Gred N41/N44) – 2 jawatan
Penolong Pegawai Tadbir (Gred N32) – 1 jawatan
Pembantu Tadbir P/O (N26) – 1 jawatan
Pembantu Tadbir P/O (N17/N22) – 7 jawatan
Pegawai Khidmat Pelanggan (N17/N22) – 4 jawatan
Pembantu Operasi (N11/N14) – 1 jawatan
Sehingga kini, perjawatan di Bahagian Komunikasi Korporat telah dibuat pengisian sepenuhnya dan bergerak secara optimum dalam melaksanakan fungsi Bahagian Komunikasi Korporat. Bahagian Komunikasi Korporat merupakan salah satu bahagian dibawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan BKK diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Komunikasi Korporat) iaitu Encik Amrul Hidayat Bin Shahbudin. Antara fungsi Bahagian Komunikasi Korporat ialah :
– Pengurusan Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah.
– Pengurusan Lawatan Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
– Pengurusan Komunikasi dan Media Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
– Pengurusan Pemodenan Tadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
– Pengurusan Perhubungan Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Selain dari itu juga Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Komunikasi Korporat) juga bertindak selaku Setiausaha kepada State Secretary, Kedah (Incorporation) selaras dengan arahan amanah State Secretary, Kedah (Incorporation).
Alamat:
Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel : 04-702 7000
Fax : 04-702 8400
Emel : korporatsuk[at] kedah[dot]gov[dot]my
Mengungguli Dan Mempelopori Budaya Kerja Berkualiti
Memastikan perkhidmatan awam negeri sentiasa mencerminkan imej yang positif serta menyelaras dan memantau sistem pengurusan komunikasi yang efektif dan berkesan
Menaikkan imej Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan penerapan nilai-nilai budaya kerja, etika sosial dan komunikasi yang efisien serta dedikasi ke arah pentadbiran yang cemerlang.
Fungsi utama Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah adalah terdiri daripada :
i. Biro Pengaduan Awam Negeri Kedah Darul Aman (BPA)
ii. Pengurusan Akaun Amanah State Secretary Incorporated (SSI)
iii. Pengurusan Perhubungan Pelanggan
iv. Pengurusan Lawatan Rasmi
v. Pengurusan Komunikasi dan Media