Page 54 - Demo
P. 54
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 202552LANGKAWI - Mega Gathering Santai Anak Utara (SAU) Langkawi 2025 berjaya menghimpunkan lebih 5,000 bikers dari seluruh negara.P e n g e r u s i J a w a t a n k u a s a Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, Dato%u2019 Haji Mohd Salleh Saidin berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan dan menyokong program yang mengangkat kreativiti belia dan m e n y u m b a n g k e p a d a pembangunan ekonomi setempat sebagaimana SAU Langkawi 2025.%u201cPenganjuran SAU ini sekaligus memberi suntikan bernilai tinggi kepada ekosistem pelancongan negeri Kedah, khususnya di Langkawi, terutama pada musim cuti persekolahan ini,%u201d katanya.Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Perasmian Penutup Program Mega Gathering Santai Anak Utara (SAU) Langkawi 2025, di Tapak Parkir Kompleks LADA, Kuah, di sini.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Dato%u2019 Shahruddin Abu Sohot; Pegawai Daerah Langkawi, Mohd Subhi Abdullah dan Ketua Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Langkawi, Iskandar Zulkarnain Mohamed Ali.Mohd Salleh berkata, walaupun julung kali diadakan di Pulau L a n g k a w i , S AU b e r j a y a m e n g h i m p u n k a n r i b u a n pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, khususnya komuniti belia dan peminat automotif dari seluruh wilayah utara tanah air.%u201cSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada teraju utama penganjuran, Saudara Acai dan Ikram Jetski, atas inisiatif berani dan kreatif yang berjaya menarik kehadiran pelancong melalui program hebat itu.%u201cSaya menaruh harapan SAU edisi berikutnya akan kembali lagi ke Langkawi dengan sentuhan kreatifnya bagi terus menjulang imej Pulau Permata Kedah yang sedia gemilang itu,%u201d kata beliauLEBIH 5,000 BIKERS SELURUH NEGARA %u2018BERKAMPUNG%u2019 DI LANGKAWI28 DISEMBER 2025

