Page 4 - Demo
P. 4


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 2ISLAM SEBAGAI TERAS KEPIMPINAN NEGERI DAN NEGARAALOR SETAR - 1 OGOS 2025Kedah Berselawat 2.0 semarakkan suasana penuh kerohanian di Stadium Darul Aman apabila lebih 100,000 rakyat Kedah hadir menyatakan rasa cinta dan rindu terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kehadiran luar biasa itu mencerminkan betapa program bercirikan Islam dan kerohanian mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat.Beliau menyifatkan ia sebagai bukti kecintaan umat Islam kepada Rasulullah SAW.Dalam sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus sempena majlis tersebut, beliau turut berpesan agar seluruh rakyat menjadikan Islam sebagai garis panduan dalam usaha membangunkan negeri.%u201cIslam, agama yang akan memandu kita.%u201cPara pemimpin dan orang yang diberi amanah wajib menjadikan Islam sebagai pedoman dan panduan,%u201d pesannya.Beliau berkata demikian sewaktu sesi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus sempena Kedah Berselawat 2.0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.Tambahnya, pemilihan pemimpin yang menjadikan agama sebagai panduan memerlukan sokongan bersama daripada rakyat.%u201cKita nak seluruh umat Islam di negara ini menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk melantik para pemimpin yang akan membentuk kerajaan di negeri dan negara ini, mereka yang nak kepada Islam,%u201d katanya.Beliau turut menzahirkan harapan agar rakyat Kedah terus mendoakan kepimpinan negeri agar sentiasa dikurniakan ketahanan, kesabaran dan kekuatan dalam memikul amanah untuk kesejahteraan rakyat di dunia mahupun akhirat.
                                
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10