Page 8 - Demo
P. 8


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 6Cabaran dunia moden sangat besar iaitu dengan pengaruh gajet, hiburan melampau yang menjadikan anak muda lalai terhadap perintah agama.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato%u2019 Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, maka Program Generasi Solat Kohort Pertama diadakan sebagai benteng pertahanan iman di zaman mencabar ini.%u201cSaya juga menyeru kepada para peserta agar jangan berhenti di sini.%u201cTeruskan menjaga solat lima waktu dan meningkatkan kualitinya, serta sebarkan ilmu yang diperoleh kepada rakan-rakan dan keluarga,%u201d ujarnya dalam Majlis Penutupan Dan Penyampaian Sijil Program Generasi Solat Kohort Pertama bertempat di Surau ArRahmaniyyah, Kampung Nongka, hari ini.Jelas beliau, solat bukan sekadar gerakan fizikal, tetapi ia adalah komunikasi hati dengan Allah SWT.Menurutnya, jika solat terjaga, maka akhlak dan disiplin dalam hidup juga akan terjaga.Tambah beliau lagi, solat juga merupakan sebagai kunci kejayaan dan ramai orang tidak berjaya kerana meninggalkannya.%u201cSolat adalah perkara yang amat sukar untuk kita laksanakan kecuali ada kekuatan dalaman yang kuat.%u201cDidiklah anak dengan agama, mereka terbang tinggi mana pun dia akan kembali kepada asas kehidupan sebagai seorang manusia yang bertakwa,%u201d kata beliau.SOLAT SEBAGAI BENTENG PERTAHANAN IMANJITRA - 5 OGOS 2025
                                
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12