Page 5 - Demo
P. 5
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 3100 ribu hadirin membanjiri St a d iu m D ar u l A m an bersempena Kedah Berselawat 2.0 malam tadi.Program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah itu bukan sahaja dihadiri oleh rakyat Kedah malah seluruh rakyat Malaysia.Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, diharapkan dengan adanya majlis ilmu dan kedatangan alim ulamak ke bumi Kedah menjadikan negeri itu bertambah berkat.%u201cTerima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi komitmen untuk terus hadir ke program Kedah Selawat 2.0 pada kali ini,%u201d ujar beliau dalam program tersebut.Pelbagai pengisian menarik diadakan antaranya pada sebelah petang diadakan Himpunan Belia Sejahtera bersama Pengerusi Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din; ADUN Gurun, YB B addrol B ak htiar ; ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari; serta barisan pempengaruh Ustaz Yaakob Yusra, Ustaz Firdaus Firabib, Ustaz Aiman Nasir dan Ustaz Ahmad Yusof.Program diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar.Acara kemuncak Kedah Berselawat 2.0 adalah soal jawab agama gandingan Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersama Ustaz Azhar Idrus seterusnya tausiyah istimewa oleh Prof Dr. H. Abdul Somad.100 RIBU BANJIRI KEDAH BERSELAWAT 2.0ALOR SETAR - 1 OGOS 2025

