Page 9 - Demo
P. 9


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 7Pelancaran Kempen Kibar J a l u r G e m i l a n g mencerminkan semangat patriotisme rakyat bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke68.Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato%u2019 Seri Haji Norizan Khazali, kerajaan negeri mengambil inisiatif menganjurkan kempen ini sebagai usaha penting untuk generasi masa kini mengimbau dan memperingati perjuangan tokoh-tokoh terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara.%u201cSempena kemerdekaan yang ke-68, saya menyeru kepada semua rakyat khususnya negeri Kedah supaya sama-sama kita terus menaikkan semangat p at r iot isme k it a untu k mengimbau, mengingati perjuangan orang-orang yang l a m a y a n g t e l a h memperjuangkan kemerdekaan kepada negara kita,%u201d katanya.Kempen ini telah mula digerakkan sejak bulan Julai dan berjaya dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2025 menerusi agihan bendera Jalur Gemilang, stiker dan topi kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Alor Setar (Utara).%u201cPada hari ini, 500 pakej yang kita bagi kepada semua pengguna jalan raya,%u201d ujarnya sewaktu sidang media sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Kedah tahun 2025 di Plaza Tol Alor Setar (Utara).Beliau turut memaklumkan bahawa pelaksanaan kempen ini diperluas ke seluruh negeri melibatkan peringkat daerah, kawasan, kampung serta mukim.%u201cKita adalah generasi yang mengisi kemerdekaan dan kita harus mengisi kemerdekaan ini dengan sebaik mungkin supaya negara kita kekal menjadi negara yang tidak dijajah. Bukan dijajah dalam bentuk penjajahan yang lampau, tetapi penjajahan dalam bentuk minda dan sebagainya,%u201d ucapnya.KEMPEN JALUR GEMILANG SEMARAK SEMANGAT KEMERDEKAAN DI KEDAHALOR SETAR - 6 OGOS 2025
                                
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13