Page 10 - Demo
P. 10
BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 8Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyeru kepada seluruh rakyat negeri Kedah untuk menunjukkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara dengan memasang bendera di rumah dan premis-premis perniagaan.Menurut beliau, hari ini kerajaan negeri Kedah telah melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang sehinggalah 16 September yang merupakan Hari Malaysia.%u201cPagi ini kita telah menyampaikan sagu hati iaitu bendera, topi, air dan stiker kemerdekaan diberikan kepada para pengguna Tol Utara sebagai tanda simbolik untuk program yang dianjurkan,%u201d ujarnya semasa Kempen Kibar Jalur Gemilang di Tol Utara Alor Setar di sini, hari ini.Jelas beliau, program itu akan dijayakan di seluruh Kedah termasuklah di daerah-daerah, mukim dan kampung-kampung untuk menyemarakkan selama bulan kemerdekaan ini.Tambahnya lagi, beliau turut berharap agar kesedaran dan semangat kecintaan kepada tanah air akan turut dirasai oleh generasi muda masa kini.%u201cSemangat kecintaan kepada negara Malaysia yang merdeka bukan hanya dari sudut bebas daripada penjajahan tapi juga bebas minda kita juga daripada sebarang anasir-anasir yang tidak baik,%u201d kata beliau.SERUAN KEPADA RAKYAT KEDAH UNTUK ZAHIRKAN SEMANGAT KEMERDEKAANALOR SETAR - 6 OGOS 2025

