Page 6 - Demo
P. 6


                                    BULETIN UPDA EDISI OGOS 2025 4Penduduk Kampung Sungai Buluh kini melangkah ke era baharu dalam penghasilan produk pertanian dan makanan kering menerusi rumah pengeringan berteknologi solar.Rumah pengeringan itu menggunakan sistem inovatif ISUNDRYER, hasil kerjasama antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah dan Pulau Pinang.Kemudahan berkenaan bukan sahaja menyokong petani dan usahawan kecil luar bandar malah memperkenalkan satu transformasi dalam proses pengeringan yang lebih moden, cepat dan mesra alam.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato%u2019 Hajah Ustazah Ashah Haji Ghazali, projek itu menjadi titik tolak kepada pembangunan ekonomi luar bandar melalui teknologi tempatan yang menjimatkan serta berkualiti tinggi.%u201cRumah pengeringan ini menggunakan teknologi pengeringan berasaskan tenaga solar yang direka khas untuk memelihara kualiti produk pertanian, makanan kering, hasil laut dan herba tempatan.%u201cIa bukan sahaja mempercepat proses pengeringan, malah menjamin kebersihan dan menambah nilai pasaran kepada hasil keluaran kampung,%u201d katanya dalam Majlis Perasmian Rumah Pengeringan Kampung Sungai Buluh di sini hari ini.Tambah beliau, kemudahan itu diharap dapat membuka ruang kepada penghasilan produk tempatan berkualiti tinggi yang boleh menembusi pasaran luar melalui platform dalam talian dan koperasi setempat.%u201cJadikan rumah pengeringan ini sebagai pusat aktiviti ekonomi mikro, latihan produk dan pemangkin kepada kejayaan kampung ini,%u201d ujarnya.Ashah turut menekankan bahawa inisiatif tersebut selari dengan matlamat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan memperkasa ekonomi komuniti luar bandar.%u201cInisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu mencapai hasrat kerajaan dalam membasmi kemiskinan, memperkasa ekonomi komuniti dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,%u201d katanya lagi.RUMAH PENGERINGAN SOLAR PACU EKONOMI KAMPUNG SUNGAI BULUHBANDAR BAHARU - 3 OGOS 2025
                                
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10