Page 32 - Demo
P. 32
SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI MEI 2025 3119 JUN 202519 JUN 202519 JUN 202523 JUN 2025SUMBANGAN I-KAFALAH KEPADA 54 ORANG PENDUDUK ALOR MENGKUDUADUN Alor Mengkudu, YB Muhammad Radhi Md Din berkesempatan menyampaikan sumbangan khairat kematian I-Kafalah kepada seramai 54 orang penerima di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Alor Mengkudu.Sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu meringankan beban waris serta keluarga yang baru kehilangan insan tersayang.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah pergi, dan mengurniakan ketabahan serta kekuatan kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.ADUN BAYU TURUN PADANG DENGAR SUARA PENIAGAADUN Bayu, YB Mohd Taufik Yaakob baru-baru ini turun padang meninjau kawasan dan beramah mesra bersama para peniaga di sekitar Pekan Baling.Pertemuan ini memberi peluang kepada peniaga, penjaja dan penyewa premis Majlis menyuarakan isu fasiliti serta cabaran perniagaan.YB Taufik memberi jaminan akan menyalurkan cadangan dan aduan kepada pihak berkaitan agar tindakan sewajarnya dapat diambil demi kesejahteraan komuniti.TINJAUAN BANTUAN BAIKI BUMBUNG KG BATU 16Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Bandar Baharu mengambil langkah proaktif meninjau permohonan bantuan pembaikan bumbung sebuah rumah di Kampung Batu 16 yang bocor dan rosak.Permohonan dikemukakan oleh Pengerusi MKK, Encik Hashim bin Wahab, dan tinjauan dibuat bersama Pegawai Khas ADUN Bandar Baharu, Encik Noordin Mat Darit bagi menilai tahap kerosakan.Beberapa bahagian bumbung perlu dibaiki segera dan ukuran telah diambil untuk penyediaan bajet sebelum dikemukakan kepada ADUN Bandar Baharu, YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff.PKWR SUNGAI TIANG SALUR SUMBANGAN KEPADA USAHAWAN & MKKPKWR DUN Sungai Tiang menyerahkan sumbangan kanopi kepada usahawan serta wang tunai kepada MKK bagi menyokong aktiviti komuniti.Inisiatif ini bertujuan memperkasa ekonomi tempatan dan membantu kelangsungan aktiviti masyarakat setempat.

