Page 29 - Demo
P. 29


                                    SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI MEI 2025 2816 JUN 202517 JUN 202516 JUN 202517 JUN 2025MENZIARAHI MADRASAH TERBAKAR, HULUR SUMBANGAN PRIHATINADUN Belantek, YB Haji Ahmad Sulaiman menziarahi Madrasah Islahiah Diniah, Memali susulan kebakaran yang memusnahkan asrama lelaki baru-baru ini.Beliau turut menghulurkan sumbangan sebagai tanda solidariti kepada pihak madrasah. Turut hadir, Ustaz Rosli Azmi yang menyatakan sokongan moral kepada warga madrasah.Semoga semua urusan pembaikan dipermudahkan dan diberi kekuatan menghadapi ujian ini.GOTONG-ROYONG PERDANA MUKIM TELOI SEMPENA TMK 2025Pegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainol dan Pegawai Khas Kawasan MB, Badrul Hisham Abdul Rahman mewakili YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor ke Program Gotong-royong Perdana Mukim Teloi di Sungai Kampung Lubuk Besar sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Program anjuran Majlis Ketua Kampung Mukim Teloi dengan kerjasama Majlis Daerah Sik dan PUSPANITA Daerah Sik ini turut dihadiri ADUN Belantek, YB Haji Ahmad Sulaiman dan Pegawai Daerah Sik, Faisal Rizal Mohammad.ADUN GUAR CHEMPEDAK SANTUNI NELAYAN, SUMBANG PUKAT UDANGADUN Guar Chempedak, YB Haji Abdul Ghafar berkesempatan turun padang menyantuni para nelayan di Kuala Sungai Ruat dalam suasana santai dan mesra.Dalam pertemuan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan berupa pukat udang kepada nelayan setempat sebagai usaha membantu meringankan beban dan menyokong sumber rezeki mereka.Semoga sumbangan kecil ini memberi manfaat besar kepada para nelayan untuk terus gigih mencari rezeki halal.DATARAN DEWAN LONG JIWA DINAIK TARAF DEMI KEGUNAAN KOMUNITIKemudahan dataran di sebelah Dewan Long Jiwa, Kampung Kumpulan, DUN Ayer Hangat kini lebih selesa selepas siap pemasangan bumbung sepenuhnya.ADUN Ayer Hangat, YB Shamsilah Siru turut menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi MKK bagi penambahbaikan ruang berkenaan yang sering digunakan untuk kenduri dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.Inisiatif ini diharap terus memberi manfaat kepada seluruh penduduk setempat.
                                
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32