Page 27 - Demo
P. 27


                                    SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI MEI 2025 2611 JUN 202511 JUN 202511 JUN 202512 JUN 2025ADUN GURUN SANTUNI PENDUDUK SAKITADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar menyantuni lapan keluarga menerusi program Ziarah Kasih di Kampung Jelatang, Kampung Guar Nenas dan Kampung Masjid Baru.Penduduk yang diziarahi sedang diuji dengan pelbagai penyakit dan cabaran hidup. Sumbangan berupa bakul makanan turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan.ADUN ANAK BUKIT SANTUNI WARGA EMAS OKUADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak menziarahi Mak Long Daharah binti Abu Bakar, warga emas OKU di Kampung Alor Melintang yang menghadapi masalah kesihatan.Beliau turut menyerahkan sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan harian Mak Long. Turut hadir, Pengerusi MKK kampung, Mohd Hafiz yang prihatin terhadap kebajikan penduduk.Semoga bantuan ini memberi kelegaan dan manfaat kepada penerima.ADUN KUALA KETIL ZIARAH MANGSA KEMALANGANADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria bersama Ahli Parlimen Baling, Ustaz Hassan Saad menziarahi keluarga Ustaz Mohd Lutfi Radzi, mangsa kemalangan melibatkan bas pelajar UPSI di Gerik.Ustaz Lutfi, guru di SK Malau, hanya cedera ringan, namun isterinya patah lima tulang rusuk dan dua anak mereka turut cedera. Anak bongsu tercampak keluar dari kenderaan ketika kejadian.Isteri dan anak-anak kini stabil dan masih dirawat. Doa dipanjatkan agar keluarga ini segera diberi kesembuhan PKWR BELANTEK SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUTBeberapa keluarga di Kampung Kota Aur terjejas akibat ribut yang melanda semalam.Pegawai Pusat Khidmat DUN Belantek bersama Penghulu Mukim Sok dan wakil JKM Sik turun padang menyantuni mangsa serta menyalurkan bantuan segera.Didoakan agar semua yang terkesan diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.
                                
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31