Page 30 - Demo
P. 30


                                    SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI MEI 2025 2917 JUN 202518 JUN 202517 JUN 202518 JUN 2025ADUN KUALA KETIL ZIARAH MADRASAH TERBAKAR DI MEMALIADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria menziarahi Madrasah Islamiah Diniah Memali susulan insiden kebakaran yang melibatkan blok asrama lelaki madrasah berusia lebih 30 tahun.Tindakan pantas pihak madrasah bersama Bomba Baling berjaya mengelak kebakaran daripada merebak ke asrama lain dan bangunan kantin.Sumbangan daripada PKWR Kuala Ketil turut disampaikan kepada Mudir madrasah, Ustaz Zulkifli.Turut hadir, Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan Saad.UJIAN BERAT SUAMI ISTERI LUMPUH, ADUN KUPANG SALUR BANTUANSepasang suami isteri warga emas dari Kampung Bakong, Asam Jawa, Encik Adnan Yahaya, 61, dan Puan Saberia Abd Rahman, 66, kini terlantar akibat kelumpuhan dan komplikasi diabetes.Mereka dijaga oleh anak bongsu yang masih bersekolah serta anak lain yang bekerja di kilang, selain dibantu jiran, Puan Hazizan Mohd Isa, secara sukarela.Pegawai Khas ADUN Kupang, En. Mohd Sabri Abu Bakar bersama wakil PAS Kawasan Baling menziarahi pasangan ini bagi menilai keadaan dan menyalurkan bantuan makanan serta lampin pakai buang.SUMBANGAN KHAS PELAJAR CEMERLANG KOTA SIPUTEHADUN Kota Siputeh, YB Mohd Asharaf Mustaqim menyampaikan sumbangan khas kepada Nur Asyikin dari Manggol Bongor, pelajar SMK Megat Dewa yang memperoleh 9A dalam SPM walaupun daripada keluarga kurang berkemampuan.Kejayaan beliau menjadi inspirasi anak muda setempat dengan semangat kental mengubah nasib keluarga. Pusat Khidmat DUN berikrar terus membantu melalui saluran pendidikan negeri.Nur Asyikin bakal melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di matrikulasi. Semoga kejayaan terus mengiringi langkah beliau.70 PELAJAR CEMERLANG DUN BUKIT LADA TERIMA ANUGERAHSeramai 70 pelajar yang memperoleh 5A ke atas dalam SPM diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM peringkat DUN Bukit Lada.Antaranya, seorang pelajar memperoleh 12A, tiga pelajar 11A, tiga lagi 10A, manakala selebihnya 9A hingga 5A.Majlis disempurnakan oleh ADUN Bukit Pinang, YB Dato%u2019 Wan Romani Wan Salim mewakili Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato%u2019 Ahmad Yahaya.Pelajar diingatkan agar terus bersyukur, menjaga hubungan dengan Allah dan ibu bapa serta berbakti kepada negeri setelah berjaya.
                                
   24   25   26   27   28   29   30   31   32