Page 28 - Demo
P. 28
SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI MEI 2025 2712 JUN 202515 JUN 202515 JUN 202515 JUN 2025ZIARAH PRIHATIN PESAKIT JANGKITAN KUMAN DALAM DARAHPegawai Khas ADUN Jeneri, Mohd Rizal Mat Zainol mewakili YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor menziarahi Zakaria Said, pesakit jangkitan kuman dalam darah di Kampung Kuala Lesong.Dalam ziarah tersebut, bantuan berupa kerusi roda turut disampaikan bagi memudahkan pergerakan harian beliau yang kini lemah akibat penyakit.Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan pihak ADUN Jeneri dalam membantu golongan memerlukan.ADUN Kulim, YB Wong Chia Zhen segera turun padang bagi meninjau kejadian siling Tabika Perpaduan Taman Seri Mahkota rosak dan jatuh yang dipercayai berpunca daripada bumbung bocor susulan hujan lebat serta tiupan angin kencang.Beliau telah menghubungi pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera bagi membaiki kerosakan demi menjamin keselamatan dan keselesaan anak-anak dan guru-guru di tadika tersebut.YB Wong Chia Zhen akan terus memantau perkembangan ini agar tindakan susulan dapat dijalankan dengan secepat mungkinPROSES BAIK PULIH RUMAH PENDUDUK KAMPUNGADUN Bukit Selambau, YB Ustaz Azizan Hamzah membuat lawatan di kawasan perumahan di Kampung Pinang Luar. Salah sebuah rumah penduduk kampung memerlukan proses baik pulih rumah dengan kadar segera.Tindakan mempercepatkan proses baik pulih telah dimaklumkan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuniPKWR DUN TOKAI DAN PARLIMEN PENDANG SANTUNI MANGSA RIBUTADUN Tokai, YB Dato%u2019 Dr Mohd Hayati Othman bersama wakil Ahli Parlimen Pendang menziarahi En. Khamis bin Mat di Kampung Majapahit selepas rumahnya rosak akibat ribut awal pagi 12 Jun.Bumbung rumah tercabut dalam kejadian sekitar jam 3 pagi yang hanya disedari isterinya ketika bangun ke tandas.Setakat ini, hanya rumah beliau dikenal pasti terjejas. Penduduk lain yang turut terkesan diminta lapor kepada MKK kampung masing-masing.

