Page 26 - Demo
P. 26
SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI MEI 2025 25ZIARAH MURNI AIDILADHA: MENYANTUNI WARGA EMAS DI PENGKALAN KUNDORADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari menziarahi pasangan warga emas, Pakcik Bakar dan Makcik Fatimah di Kota Sarang Semut sempena Aidiladha.Walaupun cuaca hujan, ziarah tetap diteruskan sebagai tanda keprihatinan. YB Mardhiyyah menyampaikan sumbangan Beras Sejahtera, beg makanan dan bantuan tunai kepada pasangan tersebut yang kini diuji dengan masalah kesihatan.Turut serta dalam ziarah ialah Pengerusi dan Setiausaha MKK, En. Shukri dan En. Amir.TINJAUAN PEMASANGAN LAMPU JALAN DI SIMPANG TIGA KAMPUNG TANJUNG KIRIADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Zakaria meninjau pemasangan dua unit lampu solar di Simpang Tiga Kampung Tanjung Kiri bagi meningkatkan keselamatan penduduk.Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama JKR, Pejabat Kewangan Negeri dan MKK, dan diharap dapat mengurangkan risiko kemalangan terutama pada waktu malam.10 JUN 2025 11 JUN 2025ADUN DERGA SANTUNI 69 WARIS, BERI SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIANADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada 69 waris dalam majlis ringkas sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka yang kehilangan insan tersayang.Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga dan membantu urusan berkaitan walaupun tidak mampu menggantikan kehilangan yang dirasai.GOTONG-ROYONG DUN SUNGAI LIMAU FOKUS CEGAH BANJIRADUN Sungai Limau, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat mempengerusikan mesyuarat khas bagi penyelarasan Gotong-Royong Peringkat DUN Sungai Limau yang dijadual berlangsung pada 12 Jun 2025.Program ini melibatkan kerjasama Pejabat Daerah Yan, Masjid Al-Hadi Bukit Besar, MKK dan agensi kerajaan lain, dengan jangkaan penyertaan seramai 300 orang.Gotong-royong ini akan memfokuskan kepada pembersihan Terusan Wan Mat Saman serta parit kilek dari Sungai Kota ke Sungai Daun sebagai langkah pencegahan banjir yang kerap berlaku antara Julai hingga September.11 JUN 2025 11 JUN 2025

