Page 42 - Demo
P. 42


                                    SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 4129 APRIL 202530 APRIL 202529 APRIL 202530 APRIL 2025LAWATAN KE RUMAH MANGSA RIBUT DI KAMPUNG POKOK APRILHANGPegawai Khas ADUN Bukit Selambau bersama-sama Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Pokok APRILhang telah mengadakan lawatan ke rumah penduduk yang terjejas akibat ribut di Kampung Pokok APRILhang.Insya-Allah, ADUN Bukit Selambau, YB Ustaz Azizan Hamzah akan mengusahakan bantuan bagi kerja-kerja baik pulih secepat mungkin demi kesejahteraan penduduk yang terkesan.ZIARAH PRIHATIN: PAKTAM SHARIP TERIMA SUMBANGAN KERUSI RODA DAN BANTUAN MAKANANADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari menziarahi pasangan warga emas, Maktam Asiah dan suaminya, Paktam Sharip yang terlantar lumpuh di Kampung Teluk Bulang. Dalam kunjungan itu, YB menyerahkan kerusi roda, Beras Sejahtera dan beg makanan sebagai bantuan. Keceriaan jelas terlihat pada Paktam apabila dapat bergerak semula dan menikmati suasana luar rumah. Turut hadir, Pengerusi MKK, Encik Sufian. Semoga pasangan ini terus diberikan kekuatan dan kesihatan.ZIARAH MANGSA RIBUT DI KAMPUNG BENDANG RAJABaru-baru ini, ADUN Sungai Tiang, YB Abdul Razak Khamis telah turun padang menziarahi mangsa ribut di Kampung Bendang Raja.Semoga bantuan dan sokongan yang diberikan dapat meringankan beban mangsa dan mempercepatkan proses pemulihan kawasan yang terjejas.TRAGEDI MENYAYAT HATI:KANAK-KANAK LEMAS DI SUNGAI KAMPUNG SADEKSeorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Aqil Lutfi, 8 tahun, ditemui lemas di sungai Kampung Sadek pada Sabtu lalu ketika bermain bersama rakan-rakan. Bapanya, Mohd Taufik Md Akhir, menemui mangsa dalam keadaan tidak bernyawa. Walaupun sedih, keluarga reda dengan ujian ini. ADUN Kupang, YB Brigedier (B) Dato%u2019 Haji Najmi Haji Ahmad menziarahi keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan khairat kematian serta bakul makanan. Salam takziah diucapkan kepada keluarga, semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan.
                                
   36   37   38   39   40   41   42