Page 38 - Demo
P. 38


                                    Menteri Besar, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberikan penjelasan berhubung kenyataan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang mempersoalkan kelewatan projek Loji Rawatan Air (LRA) di Bukit Selambau dan Sungai Limau.Dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman semalam, beliau menegaskan bahawa kelewatan projek kerajaan bukanlah sesuatu yang luar biasa dan berlaku di seluruh negara. %u201cBukan LRA Sungai Limau dan Bukit Selambau saja yang tak siap. Projek kerajaan beratus-ratus yang tak siap. Di Pulau Pinang pun banyak projek tergendala di bawah kementerian dia sendiri (PETRA),%u201d katanya.Sanusi menjelaskan bahawa kelewatan projek selalunya berpunca daripada faktor luar kawalan seperti keupayaan sebenar kontraktor, kenaikan harga barang, kekurangan pekerja serta isu berkaitan permit kerja dan imigresen.%u201cKeadaan macam tu normal. Bila kita serah projek kepada kontraktor, atas kertas memang nampak cantik. Tapi realitinya, banyak cabaran luaran. Permit kerja mati, pekerja kena tangkap imigresen, fasiliti bank tersangkut %u2013 semua ini beri kesan besar,%u201d jelasnya.Beliau turut menyentuh mengenai proses undangundang dan prosedur ketat yang perlu dipatuhi sebelum penamatan kontrak dan pelaksanaan semula tender projek.%u201cLRA Sungai Limau tu kita dah serah kepada PETRA untuk buat keputusan penamatan. Kalau kita langgar undang-undang, kontraktor boleh saman dan menang. Tak buat LRA pun dia boleh dapat duit,%u201d ujarnya. Menteri Besar turut menyelar tindakan segelintir pihak yang menjadikan isu berkenaan sebagai bahan politik dan menyeru supaya semua pihak bersikap adil.%u201cDi Penang, projek PETRA diberi EOT (lanjutan masa) sampai 10 kali. Tapi tak ada yang guling atau menangis. Bila di Kedah, terus jadi isu besar sebab ada Sanusi. Tak adil kalau main politik macam tu,%u201d katanya. Sanusi menggesa agar penyelesaian kepada kelewatan projek dibuat secara profesional dan mengikut lunas undang-undang seperti yang dinyatakan dalam kontrak.%u201cKita cari jalan penyelesaian berdasarkan undangundang dan peraturan. Jangan langgar. Kalau tersilap langkah, kontraktor saman, dia menang. Dia tak buat LRA pun dia untung,%u201d tegas beliau.MB KEDAH: JANGAN POLITIKKAN ISU KELEWATAN LRAALOR SETAR - 30 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 37
                                
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42