Page 36 - Demo
P. 36
EVE Energy Co., Ltd, sebuah syarikat pengeluar bateri litium bertaraf dunia dari Guangdong, China menyampaikan sumbangan bagi menyokong inisiatif pembangunan bakat di negeri Kedah.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sains, YB Dr. Haim Hilman Abdullah sumbangan yang disampaikan melalui Invest Kedah Berhad akan memberi impak besar dalam memperkukuh ekosistem pembangunan bakat di negeri ini serta memastikan Kedah berdaya saing dan mampan dalam perubahan ekonomi global.Tambahnya lagi, melalui pelaburan EVE Energy, Kedah berjaya menjemput lima pembekal dan rakan kongsi untuk melabur di Kedah. Dalam perancangan akan datang, jelasnya EVE komited untuk membawa 10 lagi rakan industri untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kedah.Kata beliau, pelaburan ini memberi satu impak besar kepada pasaran kerja tempatan dengan jumlah anggaran peluang pekerjaan baharu sebanyak 3,033.%u201cSaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada EVE Energy kerana menjadi rakan strategik yang komited dan berpandangan jauh dalam menjayakan aspirasi pembangunan negeri Kedah. %u201cSemoga majlis ini menjadi pemula kepada lebih banyak kejayaan untuk anak-anak muda kita, industri tempatan dan masa depan bersama yang lebih cerah,%u201d katanya.Kerajaan Negeri Kedah merancang pembangunan jangka panjang dalam bidang sukan sehingga tahun 2035 melalui peruntukan khas.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, peruntukan tersebut bukan hanya tertumpu kepada pasukan bola sepak KDA FC.Tambahnya, pembangunan bola sepak perlu mengikut kemampuan sebenar tanpa meniru model atau standard luar yang tidak sesuai dengan realiti negeri.%u201cAkhir-akhir ini kita tengok semua negeri mengalami nasib yang sama, sebabnya kita mengikut setting yang bukan atas kemampuan kita, kita dah pakai baju bukan saiz kita, mengukur baju di badan orang lain, akhirnya kita tak boleh pakai baju tu.%u201cDan akhirnya yang menjadi mangsa adalah para pemain, pasukan, peminat dan kemudiannya kesalahan diletakkan kepada Sanusi,%u201d jelasnya.Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.Sanusi turut berharap agar semua pihak mengambil pengajaran daripada isu berkenaan dan tidak menjadikan pasukan luar sebagai penanda aras yang membebankan.EVE ENERGY PERKUKUH INISIATIF PEMBANGUNAN BAKAT NEGERI KEDAHUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI%u2013 MB KEDAHALOR SETAR - 30 APRIL 2025 ALOR SETAR - 30 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 35

