Page 41 - Demo
P. 41
SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 40ZIARAH MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG MERGONGADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak bergegas ke Kampung Mergong sejurus sidang DUN ditangguhkan setelah dimaklumkan tentang kejadian kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah. Sebuah rumah musnah sepenuhnya, manakala dua lagi mengalami kerosakan separa. Dengan kerjasama MKK dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat, maklumat mangsa dikumpul untuk bantuan lanjut. YB Rashidi turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada keluarga terjejas. Semoga semua mangsa tabah menghadapi dugaan ini.PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPENA ACARA SPEEDWAY BUKIT LEMBUPusat Khidmat Komuniti DUN Kuah telah meluluskan dan membuat penyerahan sumbangan kepada wakil Speedway Langkawi, yang telah membuat permohonansebelum ini bagi mengadakan acara Speedway Bukit Lembu dengan penganjuran bersama Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah yang akan berlangsung pada 18 hingga 19 April 2025.Pemberian ini atas tanda sokongan Pusat Khidmat untuk memeriahkan lagi aktiviti di kawasan DUN Kuah.Didoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.17 APRIL 2025 24 APRIL 2025TINDAKAN PROAKTIF ADUN GURUN DAN JPS TANGANI MASALAH SUNGAI TERSUMBATADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar, bersama JPS dan kontraktor, meninjau aliran sungai di Kampung Jelatang susulan aduan penduduk. Perdu buluh tumbang dikenal pasti menghalang aliran air dan menyebabkan longgokan sampah, meningkatkan risiko banjir kilat. Kerja-kerja pembersihan telah dijalankan segera dengan pemantauan JPS. Pusat Khidmat ADUN Gurun mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak.ADUN PEDU TURUN PADANG TINJAU TANAH RUNTUH DI KAMPUNG SUNGAI PISANGADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin turun padang meninjau kejadian tanah runtuh di Kampung Sungai Pisang, berhampiran Felda Lubuk Merbau, bersama Tuan Penghulu Mukim Tekai Kiri dan penduduk kampung.Kejadian tersebut telah menghalang laluan utama penduduk.Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan besar dilaporkan.Kerja-kerja pembersihan runtuhan sedang giat dijalankan dengan bantuan jentera backhoe bagi membuka semula laluan demi keselesaan dan keselamatan komuniti.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama padu dalam menangani situasi ini.28 APRIL 2025 29 APRIL 2025

