Page 37 - Demo
P. 37
Kedah akan melaksanakan pengharaman vape secara berperingkat berdasarkan kesesuaian dan situasi semasa selaras keputusan kerajaan negeri.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan yang telah diadakan bersama Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.Katanya, langkah kawalan akan dilaksanakan sehingga tamat tempoh lesen sedia ada.%u201cApabila lesen dah ada, mereka berhak beroperasi, kita tidak boleh buat keputusan hari ini sebab nanti kita pula yang akan disaman oleh mereka (penjual vape),%u201d ujarnya.Beliau berkata demikian sebagai respons kepada persoalan yang dibangkitkan pada minggu lalu mengenai langkah Kerajaan Negeri Terengganu dalam menangani isu vape.%u201cTerengganu ambil langkah yang agak drastik tapi sebenarnya Terengganu mula dari 2016 lagi, sekarang 2025, hampir 10 tahun proses itu berjalan.%u201cDi Kedah, PBT sudah keluarkan lesen untuk premis menjual vape sebelum ini. Bila lesen sudah ada, mereka berhak untuk beroperasi. Kita tidak boleh buat keputusan drastik sewenang-wenangnya,%u201d katanya sewaktu sidang media selepas Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman.Tambahnya, walaupun terdapat bantahan daripada segelintir masyarakat, tindakan Kerajaan Negeri Terengganu turut menerima sokongan daripada pihak lain.Sanusi turut menjelaskan bahawa Kedah perlu melaksanakan tindakan itu mengikut proses yang wajar, susulan pengeluaran lesen terdahulu kepada premis penjualan vape.%u201cKita kena laksanakan secara berperingkat dan semua langkah-langkah baik ini akan disokong oleh kerajaan negeri untuk generasi akan datang,%u201d ucapnya.PENGHARAMAN VAPE DI KEDAH SECARA BERPERINGKATALOR SETAR - 30 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 36

