Page 39 - Demo
P. 39
SOROTAN WAKIL RAKYATBULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 388 APRIL 2025 8 APRIL 2025ADUN PANTAI MERDEKA ZIARAHI MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG SINTOK BUGISSusulan makluman berkenaan insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Sintok Bugis, ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Sharir Long telah turun menziarahi mangsa, Encik Md Zahir bin Md Desa.Kejadian tersebut melibatkan kebakaran di bahagian stor perniagaan yang mengakibatkan kerosakan kepada dua buah motosikal, sebuah van dan sebuah lori.Punca kebakaran masih dalam siasatan.Api berjaya dikawal dan dipadamkan hasil tindakan pantas oleh pasukan bomba dan penyelamat, melibatkan lima buah jentera termasuk pasukan bomba sukarela.PROGRAM ZIARAH KASIH:ADUN GUAR CHEMPEDAK KUNJUNGI PENDUDUK SEKITAR SUNGAI YAN DAN KEDA SUNGAI UDANGAlhamdulillah, semalam ADUN Guar Chempedak, YB Haji Abdul Ghafar telah berkesempatan menziarahi lima buah rumah di sekitar Sungai Yan dan KEDA Sungai Udang dalam Program Ziarah Kasih.Semoga saudara-saudari yang diziarahi diberikan kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.Ucapan terima kasih juga kepada pihak MKK yang turut hadir dan bersama menjayakan program ini.ADUN Bandar Baharu, YB Dr. Su%u001aan telah menziarahi Saudara Amirul Hisyam, Setiausaha Masjid Al-Khairiah, Kg Sungai Batu yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan dan terlantar di kediamannya di Kg Sungai Kasai, Mukim Sungai Batu.Dalam ziarah tersebut, YB Dr. Suffian turut menyampaikan sumbangan kepada isteri Saudara Amirul sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.Semoga Saudara Amirul dikurniakan kekuatan dan kesembuhan oleh Allah SWT, serta dipermudahkan segala urusannya.RIBUT JEJAS BEBERAPA KEDIAMAN DI KUPANG, ADUN TURUN PADANG BANTU MANGSARibut yang melanda petang kelmarin telah menjejaskan beberapa buah rumah penduduk, termasuk kediaman Puan Shuhaila Ramli, 47, dari Kampung Tengah Kupang.Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu mengakibatkan bumbung rumah beliau mengalami kerosakan teruk setelah dihempap sebatang pokok tumbang.Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Baling telah segera turun padang bagi menjalankan kerjakerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang di lokasi kejadian.7 APRIL 2025 8 APRIL 2025

