Page 12 - Demo
P. 12


                                    Kedah mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelancongan utama negara apabila dipilih sebagai Malaysia%u2019s Favourite Destination pada MATTA Fair 2025.Menteri Besar Kedah, YAB Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penganjuran MATTA Fair merupakan platform penting dan sangat bermakna dalam mempromosikan industri pelancongan negara.%u201cSaya yakin usaha bersepadu sektor awam dan swasta akan memperkukuhkan lagi ekosistem pelancongan dengan pelbagai kelebihan yang ada di negara ini.%u201cDalam usaha ini, kerjasama dengan MATTA amatlah kami hargai dan alu-alukan, MATTA telah memainkan peranan penting dalam menghubungkan penggiat industri pelancongan dengan pasaran yang lebih luas,%u201d jelasnya.Tambahnya, kerajaan negeri akan terus memperkasakan aspek pelancongan berasaskan sejarah atau historical tourism di mana seluruh rakyat dipelawa untuk melawat artifak tinggalan kehebatan Negeri Kedah pada zaman silam.%u201cJangan lupa bahawa Kedah suatu ketika dahulu adalah sebuah kerajaan yang besar, pernah menempa nama sebagai negara maju pada zaman itu,%u201d katanya.Jelasnya lagi, salah satu tujuan kerajaan negeri melancarkan Tahun Melawat Kedah 2025 adalah bagi memeriahkan lagi kehadiran rakyat Malaysia untuk datang ke Kedah sekaligus membuka mata pelbagai pihak mengenai kelebihan dan keistimewaan Kedah sebagai destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.Sanusi berkata, kerajaan negeri bersungguh-sungguh dalam memperkenalkan lebih banyak inisiatif baharu dalam memperkukuh daya saing Kedah sebagai destinasi pilihan pelancong.%u201cSekali lagi saya tekankan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang bersikap terbuka, kami sentiasa mengalu-alukan cadangan dan tawaran daripada mana-mana pihak yang sudi untuk tampil memajukan dan merancakkan lagi sektor pelancongan di Kedah,%u201d ucapnya.KEDAH TONJOLKAN PELANCONGAN BERASASKAN SEJARAHKUALA LUMPUR - 19 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025 11
                                
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16