Page 11 - Demo
P. 11


                                    SABAR DAN SYUKUR BEKAL UTAMA KE TANAH SUCIJITRA - 19 APRIL 2025BULETIN UPDA EDISI APRIL 2025Bakal jemaah haji negeri Kedah diingatkan agar menjadikan sifat sabar dan syukur sebagai bekalan rohani ketika menunaikan ibadah haji di Tanah Suci nanti.Menurut Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato%u2019 Ustaz Mohd Azam Abd Samat, dua sifat itu mencerminkan kekuatan rohani seorang Muslim dan menjadi kunci utama untuk mencapai haji yang mabrur.%u201cTanamkan sifat Syukur dan Sabar dalam menghadapi lautan manusia dan ketidakselesaan sepanjang di Tanah Suci, terutama semasa hari-hari kemuncak haji di Masyair nanti,%u201d ujar beliau.Mohd Azam turut mengingatkan para jemaah agar menghayati roh ibadah haji dengan sepenuhnya dan menjaga akhlak sebagai Tetamu Allah di samping menghormati serta saling bantu-membantu antara satu sama lain.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kursus Perdana Haji 1446H/2025M Peringkat Negeri Kedah di Dewan Wawasan, Jitra.Tambahnya, ibadah haji adalah satu medan yang menuntut kekuatan fizikal, mental dan spiritual.%u201cSaya berdoa agar semua jemaah Kedah dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna serta memperoleh haji yang mabrur, insya-Allah,%u201d katanya.Majlis Kursus Perdana Haji merupakan anjuran Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO Islam bagi memastikan para jemaah bersedia sepenuhnya sebelum berangkat ke Tanah Suci.10%u201cJemaah haji perlu menjadi contoh kepada dunia Islam dengan mempamerkan disiplin, akhlak yang baik dan menjaga nama baik Tabung Haji serta negara Malaysia sepanjang berada di Tanah Suci.Mutiara Kata
                                
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15