
SULTAN KEDAH PERKENAN BERANGKAT HADIR MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-68
KHAMIS (28.08.2025)
ALOR SETAR – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025M/1447H di Masjid Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.
Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Al Fadhil Ustaz Badrul Hafiz Mustafa Kamil dan seterusnya bacaan Yasin bersama-sama rakyat serta para hadirin yang hadir kira-kira 400 orang dari pelbagai peringkat umur dan diakhiri dengan solat fardhu Isyak.
Berangkat hadir sama Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehudin.
Hadir sama Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zubir Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Dato’ Mohd Azam Abd Samat; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Dr. Syeikh Fadzil Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin.
Sumber: Warta Kedah





Comments are closed