
100 BUAH BOT NELAYAN MENGHIASI SUNGAI KEDAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-68
SABTU (30.08.2025)
ALOR SETAR – Kira-kira lebih 100 buah bot Merdeka nelayan menyertai perarakan bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 di Sungai Kedah, di sini hari ini.
Majlis pelancaran Perarakan Bot Merdeka Nelayan Sungai Kedah sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 ini disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kampung Alor Madi, Anak Bukit.
Menurut Sanusi, program ini diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Kedah, Beliau turut berkongsi sejarah berkaitan kawasan Pantai Johor, Suka Menanti dan Alor Madi yang pernah menjadi saksi dalam peristiwa penting rakyat Kedah mempertahankan negeri ini daripada ancaman luar, katanya.
Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin;
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, Dzowahir Ab Ghani; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ Salleh Saidin; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad; ADUN Anak Bukit, Rashidi Razak, dan ADUN Derga, Muhammad Amri Wahab.
Sumber foto : Urusetia Penerangan Darul Aman.
Sumber: Warta Kedah







Comments are closed