
KUNJUNGAN HORMAT PENGURUS BESAR KEDA NEGERI KEDAH







ISNIN (22.09.2025)
ALOR SETAR – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Afifah Omar di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Pertemuan ringkas ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama di antara Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bersama Kerajaan Negeri Kedah dimana pihak KEDA berperanan sebagai peneraju utama pembangunan dan kemajuan secara holistik di Wilayah KEDA, meningkatkan kualiti hidup dan memperkukuhkan ekonomi luar bandar secara inovatif dan strategik khususnya mensejahterakan penduduk luar bandar.
Hadir sama Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Khairul Azmeer Abu Bakar; Pengurus Pembangunan Komuniti, Azam Omar; Pengurus Perancangan, Pemantauan dan Penilaian, Mohd Elias Hassan; Pengurus Hartanah dan Prasarana, Rojani Romeli; Penolong Pengurus Hartanah dan Prasarana, Nor Idawati Abdul Wahab dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Syed Muhammad Adam Syed Abdul Rahman.
Sumber: Warta Kedah
Comments are closed