
nadiah[at]kedah[dot]gov[dot]my
Unit Audit Dalam
Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2000 selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979. Pekeliling ini telah digantikan dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004 dan mula berkuatkuasa pada 12 Oktober 2004. Pekeliling yang baru ini bermatlamat memperkemaskan lagi peranan Unit Audit Dalam di mana ianya menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tanggungjawab Unit Audit Dalam, Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku Ketua Eksekutif dan Kementerian Kewangan.
Unit Audit Dalam adalah bertanggungjawab secara terus kepada Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di mana segala perancangan dan pelaporan auditan yang direncanakan mestilah dilapor dan dilluluskan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.
Hubungi:
Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan(Unit Audit Dalam), Aras 2, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel. : 04-702 7000
Fax : 04-702 8300
Emel : uad[@]kedah[dot]gov[dot]my
Pemangkin kecemerlangan tadbir urus dan peningkatan kualiti perkhidmatan awam Negeri Kedah Darul Aman
Melaksanakan pengauditan yang bebas dan profesional bagi membantu organisasi mencapai matlamat dengan laporan audit yang berkualiti dan memberi impak kepada organisasi
Memastikan semua peraturan yang berkaitan dengan Kewangan, perakaunan, pengurusan dan kawalan dalaman sesebuah organisasi kerajaan dipatuhi sejajar dengan Arahan Perbendaharaan, Arahan Perkhidmatan, Pekelilimg Pejabat Kewangan Negeri Kedah Darul Aman serta bertekad menghindari daripada berlakunya perkara-perkara yang di luar batasan undang-undang serta ketetapan-ketetapan yang ditentukan oleh kerajaan
1- Menilai tahap pematuhan terhadap dasar, arahan dan peraturan melibatkan kewangan dan operasi Organisasi termasuk pengurusan program/projek/aktiviti serta sistem ICT.
2. Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan dan kawalan dalaman termasuk pelan pengurusan risiko dan tatakelola Organisasi (mekanisme semak dan imbang)
3. Memberi khidmat perundingan mengenai kawalan dalaman terhadap pengurusan kewangan, program/projek/aktiviti termasuk sistem ICT dan keberkesanan pelan pengurusan risiko di Organisasi
4. Melaporkan penemuan audit yang berkemungkinan mempunyai unsur pembaziran, pemborosan, penyelewengan, penyalahgunaan, ketirisan dan kecuaian
5. Melaporkan hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan (pembetulan atau penambahbaikan) bagi penemuan audit Jabatan