
KEMERIAHAN RUMAH TERBUKA SUK NEGERI KEDAH

RABU (17.04.2024)
ALOR SETAR – Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 di Royal Kedah Club (RKC) di sini, hari ini.
Majlis yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang itu menerima kira-kira 4,000 orang tetamu yang rata-rata terdiri daripada jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
Pelbagai juadah disajikan kepada tetamu seperti kambing golek, nasi beriani, apom lenggang, ketupat rendang, minuman dan sebagainya.
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor serta isteri turut hadir bagi memeriahkan majlis yang dijalankan memandangkan Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon juga turut akan diadakan pada esok, 18 April 2024 bagi meraikan rakyat negeri Kedah.
Turut diraikan kira-kira 38 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) serta sumbangan duit raya kepada mereka.
Sumber: Facebook Warta Kedah

Comments are closed