Page 4 - Demo
P. 4
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20252TUNTUTAN PULAU PINANG: KEDAH ADA PERANCANGAN BESAR, TERMASUK PROSES PERUNDANGAN1 DISEMBER 2025ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan kedudukan dan kehendak kerajaan negeri berkaitan tuntutan terhadap Pulau Pinang melebihi apa yang dibangkitkan para pengkaji sejarah.Beliau berkata, Kedah mempunyai perancangan besar apabila memulakan proses perundangan di mahkamah selepas beberapa kali menyuarakan hasrat tersebut sejak beberapa tahun lepas.%u201cKehendak kita lebih daripada itu,%u201d katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Ladang antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLPK), di Wisma PKNK, hari ini.Sanusi bagaimanapun tegaskan, semua perancangan itu tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana perkara tersebut masih dikaji oleh pasukan pengkaji dan peguam yang dilantik.%u201cPasukan pengkaji bersama peguam belum bawa kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) apakah relif yang sesuai untuk dibawa ke mahkamah nanti.%u201cKehendak kita lebih daripada itu (jadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Khas Kedah). Saya tak boleh jawab lagi sebab akan sentiasa ada tindak balas dari Pulau Pinang,%u201d katanya.Sanusi berkata, pihaknya masih menunggu dapatan lengkap pasukan pengkaji serta peguam yang sedang meneliti relif sesuai untuk dibawa ke Mesyuarat Exco dan seterusnya ke mahkamah.%u201cKita sedang meneliti beberapa bentuk relif undangundang sebelum membawa isu berkaitan hak negeri itu terhadap Pulau Pinang ke peringkat seterusnya, cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Khas Kedah bukan datang daripada kerajaan negeri,%u201d ujarnya.Menurutnya, kenyataan mengenai pembentukan Wilayah Khas itu adalah pandangan sarjana sejarah, Profesor Datuk Ahmad Murad Merican, bukannya cadangan kerajaan negeri.Ditanya mengenai penggunaan model Hong Kong sebagai contoh wilayah pentadbiran khas, Sanusi berkata, kerajaan negeri tidak akan mendedahkan strategi atau perincian hala tuju terlalu awal bagi mengelakkan reaksi balas yang boleh menjejaskan

