Page 6 - Demo
P. 6
BULETIN UPDA EDISI SEPTEMBER 20254ALOR SETAR %u2013 Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLPK) mengambil inisiatif penting memperkukuhkan sektor perladangan menerusi perjanjian pengurusan ladang yang turut membuka jalan kepada pembinaan kilang sawit menjelang 2026.Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato Wira Isahak Murat berkata, perjanjian tersebut juga bakal menerokai pembaharuan dengan memperkenalkan mekanisme perkongsian untung rugi antara kedua-dua syarikat, sekali gus menamatkan kaedah pembayaran komisyen yang diamalkan sejak penubuhan KLPK.%u201cPendekatan baharu ini dirangka bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan hasil. Kita mahu memupuk nilai kebertanggungjawaban bukan sahaja dalam PKNK, tetapi juga kalangan peladang.%u201cKedua-dua pihak akan menikmati pulangan lebih baik apabila prestasi ladang meningkat,%u201d katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Ladang antara PKNK dan KLPK di Wisma PKNK, hari ini.Majlis ditandatangani oleh Isahak dan Ketua Pegawai Kewangan PKNK, Junaidi Abidin; manakala KLPK diwakili oleh Pengurus Besar, Abdul Roni Abu Bakar dan Penolong Pengurus Pembangunan Perniagaan KLPK, Mohd Sani Putra Mohd Khir.Majlis berprestij itu disaksikan Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PKNK, Dato%u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor, diiringi Ahli Lembaga Pengarah KLPK, Mohd Radzi Md Amin.Isahak memaklumkan, perubahan tersebut telah menunjukkan kesan positif dengan pendapatan keseluruhan ladang bagi tempoh Januari hingga Oktober mencatatkan RM34.8 juta, melepasi sasaran RM27 juta.%u201cPrestasi ini jauh lebih baik berbanding Oktober 2024 yang hanya merekodkan RM22 juta,%u201d katanya.Dalam pada itu, Isahak berkata, perancangan jangka panjang melalui model perkongsian ini akan memberi manfaat besar kepada kerajaan negeri dan rakyat.%u201cDalam perkongsian untung rugi ini, PKNK meraih RM23.5 juta, manakala KLPK mencatat keuntungan RM11.2 juta berbanding hanya RM3.7 juta tahun lalu,%u201d ujarnya.Tambah beliau, keseluruhan kitaran usaha sama ini dijangka dapat disempurnakan menjelang 2027 hingga 2028 meliputi pengurusan ladang, kilang, kepakaran dan sebagainya.PKNK, KLPK METERAI PERJANJIAN PENGURUSAN LADANG, SASAR BINA KILANG SAWIT1 DISEMBER 2025

